Antarabangsa
PKPP: Perjalanan Rentas Negeri Dibenarkan Bermula 10 Jun ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diganti dengan Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos ini.
Menurutnya, dalam pelaksanaan PKPP, lebih banyak kelonggaran diberikan untuk menjalani kehidupan seharian bermula 10 Jun ini.
“Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya pada pengumuman itu dibuat menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.
PKPP akan dilaksanakan pada 10 Jun ini selepas berakhir PKPB yang bermula 4 Mei lalu. Sebelum ini, tiga fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Selain itu, beberapa kelonggaran lain diberikan sepanjang tempoh PKPP membabitkan:
- Hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP.
- Perkhidmatan gunting rambut dan salun juga dibenarkan.
- Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga boleh dibuka.
- Aktiviti komersial membabitkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan.
- Lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem turut dibenarkan.
- Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.
- Bagi kategori sukan, beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, namun ia membabitkan aktiviti sukan yang tidak ada sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain.
- Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.
- Namun, tidak dibenarkan adalah pertandingan sukan atau permainan yang membabitkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki.
- Pub
- Kelab malam
- Pusat refleksologi
- Pusat karaoke
- Taman tema
- Perarakan keagaman dengan jumlah yang ramai
- Kenduri-kendara
- Rumah terbuka
- Apa-apa aktiviti yang membabitkan kehadiran orang ramai yang bersesak di sesuatu tempat.
Must-Watch Video