Tempatan
Pol Espargaro: Honda Nak Aku Menang!
Isnin lalu Pasukan Factory Repsol Honda memperkenalkan pelumba dan warna seragam baharu jentera mereka bagi musim MotoGP (2021).
Tahun ini Pasukan Repsol Honda akan mengetengahkan gabungan pelumba Marc Marquez dan Pol Espargaro. Untuk MotoGP (2021) Pengarah HRC, Tetsuhiro Kuwata menyatakan Honda sudah mempersiapkan jentera terbaik seperti sebelumnya.
Mematuhi regulasi enjin tidak mengalami sebarang perubahan untuk tahun ini, namun Honda memberi fokus kepada pembangunan komponen lain misalnya ekzos dan casis.
Warna seragam Honda RC213V tidak begitu banyak perubahan signifikan berbanding tahun 2020 dengan logo pasukan penaja Astra Honda Motor One Heart dan Satu hati.
Bagaimanapun yang lebih menarik perhatian ialah Pol Espargaro yang menggantikan Alex Marquez. Tentunya pemilihan Espargaro adalah harapan besar bagi Honda untuk merangkul semula gelaran juara susulan Marquez belum lagi dapat beraksi.
Jelas Espargaro, "Honda hendak aku menang.” Dia mengakui harapan Honda begitu besar terhadapnya bahkan memberi kebebasan kepada Espargaro untuk bersaing dengan Marquez sebagai tanda memberi dia peluang melebarkan sayapnya untuk menang bersama Honda.
Menurutnya, Honda hendak beliau menang dan mendapatkan hasil yang bagus.
“Ini bukan mudah kerana jentera Honda ‘buas’, namun ia mantap ketika brek keras dan akan gunakan pengalaman di KTM untuk menjinakkan motosikal Honda.
“Termasuklah apa yang saya belajar di Yamaha serta selama karier di MotoGP. Kami berusaha berikan terbaik dan 100 peratus kemampuan sejak ujian hingga perlumbaan,” katanya.
Must-Watch Video