Dua pasukan projek bekerja bersama-sama di studio reka bentuk masing-masing di Weissach dan San Francisco untuk mencipta idea serta draf awal kapal angkasa Tri-Wing S-91x Pegasus Starfighter.

Kapal angkasa itu yang dihasilkan selama dua bulan itu turut dipamerkan sempena tayangan perdana filem Star Wars: The Rise of Skywalker di Los Angeles.

Naib Presiden Gaya Porsche di Porsche AG, Michael Mauer berkata, reka bentuk kapal angkasa itu disepadukan ke dalam dunia filem Star Wars, pada masa yang sama menunjukkan analogi dengan gaya serta proporsi Porsche.

“Bentuk dasar kabin, yang mengarah ke arah belakang, dan topografi yang sangat tersendiri dari flyline kokpit ke turbin memberi persamaan visual dengan reka bentuk ikonik 911 serta Taycan.

“Ia memberi susun atur yang tampak padat dengan menyampaikan kedinamikan dan ketangkasan, memberi penekanan kepada ciri reka bentuk Porsche,” katanya.

Menurutnya, kerjasama itu adalah peluang yang luar biasa untuk menggabungkan estetika reka bentuk Porsche dan Star Wars, selain ia sangat mencabar untuk dihasilkan.

Filem Star Wars: The Rise of Skywalker bakal ditayangkan di semua pawagan di Malaysia pada 19 Disember ini.