Antarabangsa

Porsche Macan Turbo - Enjin yang lebih berkuasa berbanding versi terdahulu

gempak
Erywan
03/09/2019
06:27 MYT
Sponsor Banner
Porsche Macan Turbo - Enjin yang lebih berkuasa berbanding versi terdahulu
Hampir setahun selepas melancarkan Macan versi facelift, kini tiba giliran Porsche untuk mendedahkan varian berprestasi tinggi yang bakal menarik lebih banyak perhatian iaitu Macan Turbo.
Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk diperkenalkan, model tahun 2020 ini akhirnya tiba dengan enjin lebih berkuasa dan sistem brek dipertingkatkan berbanding versi terdahulu.
Enjin twin-turbo 3.6-liter V6 yang digunakan sebelum ini disingkirkan dan digantikan dengan enjin twin-turbo 2.9-liter V6 baharu. Enjin itu turut digunakan pada Cayenne dan Panamera.
Biarpun 20 peratus lebih kecil, enjin itu mampu menjana 440PS dari 5,700 hingga 6,600rpm dan 550Nm dari 1,800 hingga 5,600rpm, iaitu 40PS lebih tinggi berbanding enjin terdahulu.
Dengan pakej Sport Chrono, Macan Turbo facelift memerlukan hanya 4.3 saat untuk memecut dari 0 hingga 100km/j dan boleh memecut sehingga 270km/j. Transmisi PDK tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda Porsche Traction Management (PTM) turut memainkan peranan penting dalam prestasi yang memberangsangkan ini.
Selain enjin lebih berkuasa, SUV berkenaan dilengkapi dengan sistem Porsche Surface Coated Brake (PSCB) yang merangkumi cakera brek yang disalut dengan lapisan tungsten carbide.
Kelebihan brek itu adalah ia lebih responsif, lambat lusuh dan menghasilkan 90 peratus kurang habuk berbanding cakera biasa.
Ciri-ciri standard lain yang disertakan termasuklah lampu Porsche Dynamic Light System (PDLS), kit badan Sport Design dengan spoiler belakang dan rim berukuran 20 inci.
Di dalam pula terdapat tempat duduk sport, sistem audio Bose dengan 14 pembesar suara, stereng GT serta skrin sentuh 10.9 inci dengan sistem Porsche Communication Management (PCM).
Porsche turut menawarkan beberapa komponen tambahan seperti sistem suspensi udara, Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus) dan Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB). Semua dikatakan dapat meningkatkan aspek pengendalian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024