Antarabangsa
Porsche Panamera 2021 Pecah Rekod Nurburgring Bagi Kategori Kereta Eksekutif
Model akan datang Porsche Panamera (2021) mencipta rekod pusingan baharu Nurburgring Nordschleife bagi kategori kereta eksekutif.
Litar ikonik sepanjang 20.832km di tengah Jerman itu digunakan sebagai penanda aras ujian bagi pengeluar kenderaan global. Porsche Panamera (2021) yang dipandu oleh Lars Kern itu mencatat masa 7 min 29.81 saat. Kern memulakan pusingan pada 1.49 petang dengan suhu luar 22 darjah Celsius dan suhu litar 34 darjah Celsius.
Pesaingnya model AMG mencatatkan masa 7 minit 30.11 saat iaitu 0.3 saat di belakang Panamera. Sebelum ini CarAdvice ada melaporkan imej spyshot Porsche Panamera di Nurburgring, ternyata model berkenaan sedang menjalani ujian catatan masa terpantas.
Pada 2016 Lars Kern merekodkan masa 7:38.46 minit memandu Panamera Turbo generasi sebelumnya dengan litar berkenaan lebih pendek 200 meter ketika itu. Mengambil kira tambahan panjang litar, Porsche mengandaikan ujian baharu itu 13 saat lebih pantas.
Pada 2018, Lamborghini Aventador memecah rekod pusingan Nurburgrung pada 6:44.97 minit.
Must-Watch Video