Antarabangsa

Porsche Taycan Tawar 3 Varian, Harga Bermula RM725,000

gempak
Erywan
18/09/2020
03:27 MYT
Sponsor Banner
Porsche Taycan Tawar 3 Varian, Harga Bermula RM725,000
Sime Darby Auto Performance (SDAP) memasuki era baharu dalam industri automotif tempatan dengan memperkenalkan model Porsche Taycan, sebuah kereta sport elektrik sepenuhnya.
Sedan empat pintu itu ditawarkan dengan tiga varian menerusi Taycan Turbo S, Taycan Turbo dan Taysan 4S yang masing-masing dijual pada harga bermula RM1.195 juta, RM999,000 dan RM725,000.
Taycan Turbo S mampu menyalurkan 761PS dengan mempunyai 1,050Nm yang boleh memecut 0-100km/j dalam 2.8 saat sahaja. Kelajuan maksimumnya pula boleh mencecah 260km/j. Dengan sekali cas, ia boleh dipandu sejauh 412 kilometer (km).
Bagi model tertinggi ini, ia turut dilengkapi dengan mod pemanduan Sport Plus dan Individu sebahagian daripada Sport Chrono Package.
Bagi varian pertengahan, Taycan Turbo ia mempunyai 680PS dengan tork setinggi 850Nm. Dari segi pecutan 0-100km/j, ia lebih perlahan sedikit berbanding Taycan Turbo S dengan mencatatkan 3.2 saat. Bagaimanapun, pecutan itu menyamai banyak model-model supercar yang lain.
Dari segi jarak perjalanan pula, sekali cas untuk Taycan Turbo ini boleh dipandu sejauh 450km dengan kelajuan maksimum 260km/j
Bagi versi paling rendah, Taycan 4S dilengkapi dengan 530PS bagi bateri standard, manakala bateri berprestasi boleh mencecah 571PS. Ia boleh memecut 0-100km/j dalam 4 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 250km/j.
Jarak perjalanannya pula, bagi bateri standard boleh dipandu sejauh 407km, manakala 463km untuk bateri berprestasi.
Pengecas
Mereka yang memiliki Taycan ini, SDAP akan menawarkan pengecas pintas dengan dilengkapi Porsche Mobile Charge Plus dan Porsche Home Energy Manager.
Waranti
Pelanggan Taycan akan menerima penyelenggaraan percuma selama empat tahun, bateri pula akan dilindungi dengan lapan tahun. Bagaimanapun, pelanggan diberi opsyen untuk melanjutkan waranti kenderaan sehingga 15 tahun. Selain itu, Taycan dijangka diserah kepada pelanggan pada suku pertama pada tahun hadapan.
Untuk ketahui lanjut berhubung Taycan ini, anda boleh melayari pengedar Porsche seperti:
  • Porsche Centre Ara Damansara - http://bit.ly/Ara_NewTaycan
  • Porsche Centre Sungai Besi - http://bit.ly/SBesi_NewTaycan
  • Porsche Centre Penang - http://bit.ly/Penang_NewTaycan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live