Antarabangsa

PROTON Cemerlang Awal Tahun Ini, Peningkatan 20.2 Peratus

gempak
Erywan
03/02/2020
08:30 MYT
Sponsor Banner
PROTON Cemerlang Awal Tahun Ini, Peningkatan 20.2 Peratus
PROTON membuka tirai tahun ini dengan jualan yang kukuh, meneruskan prestasi cemerlang yang dicatatkan pada 2019.
Syarikat merekodkan sebanyak 8,506 pendaftaran baharu, iaitu kenaikan sebanyak 20.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Jumlah ini juga menunjukkan pencapaian terbaik bagi bulan Januari dalam tempoh selama empat tahun. Pegangan pasaran turut memperlihatkan pertumbuhan di mana kedudukan Syarikat kini meningkat sebanyak 4.9 kepada 19.5 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu.
Meskipun tempoh operasi bulan Januari adalah singkat disebabkan sambutan Tahun Baharu Cina, PROTON tetap catat jualan seperti yang dijangkakan dan terus berada di kedudukan kedua. Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, ini adalah satu permulaan yang baik bagi 2020 selepas mencatat prestasi cemerlang pada tahun 2019.
“Kebiasaannya, Januari adalah bulan yang mencabar, namun kami masih berjaya menunjukkan prestasi terbaik berbanding tempoh empat tahun lalu," katanya. Sementara itu, Proton X70 turut kekal sebagai pemimpin segmen apabila mencatat pendaftaran baharu sebanyak 1,367 unit. Saga terus menjadi tulang belakang Proton dengan mencatat hampir separuh daripada jumlah jualan bulanan iaitu sebanyak 3,871 unit. Jumlah itu menunjukkan peningkatan 72 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Persona, Iriz dan Exora juga menunjukkan prestasi yang baik. Persona catat jualan sebanyak 2,109 unit iaitu dua kali ganda berbanding 2019. Jumlah ini mewakili peningkatan 84 peratus berbanding tempoh sama. Selain itu, jualan Iriz berkembang hampir lima kali ganda, dengan 785 unit diserahkan kepada pelanggan, iaitu peningkatan sebanyak 465 peratus.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live