Antarabangsa

Proton Lancar Laman Web Kereta Terpakai, Ada Jaminan Setahun Bagi Enjin Dan Kotak Gear

Erywan
13/11/2020
04:16 MYT
PROTON menawarkan cara mudah untuk membeli kereta terpakai dengan pelancaran rasmi laman web kereta terpakainya.
Dengan melayari laman web Proton Cerified Pre- Owned (PCPO), pelanggan boleh mendapat maklumat tentang stok dari 36 pengedar di seluruh negara serta tukar beli kenderaan mereka untuk menerima tawaran hebat bagi pembelian model Proton baru.
Pemprosesan kereta tukar beli pelanggan secara cekap adalah kunci kepada pengekalan kadar jualan kereta baru bagi PROTON. Situasi ini amat ketara apabila jumlah jualan syarikat naik secara mendadak pada tahun 2019.
Oleh itu, bahagian Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) ditubuhkan dan diberi tugas membina rangkaian pengedar yang berkebolehan menjual kereta terpakai bersama kereta baru.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, program PCPO adalah langkah seterusnya bagi PROTON membina ekosistem menyeluruh.
Menurutnya, pihaknya akan terus melancarkan produk baru tetapi pada masa sama, menarik perhatian mereka yang mahu membeli kereta terpakai serta menawarkan cara senang dan cepat bagi pelanggan menukar beli kereta.
“Semua kereta PCPO diberi jaminan tambahan selama setahun bagi bahagian enjin dan kotak gear serta khidmat servis percuma yang boleh ditebus sehingga enam bulan selepas tarikh pendaftaran.
“Selain daripada membantu jualan kereta baru, tujuan bahagian UCM PROTON adalah untuk menstabilkan dan meningkatkan nilai kenderaan Proton secara beransur-ansur, “ katanya.
Bermula dengan hanya lapan pengedar, program PCPO kini mempunyai 36 pengedar. Setiap pengedar perlu memenuhi syarat, dari segi kewangan dan praktikal, serta bersetuju mengambil langkah yang diperlukan menyediakan stok tukar beli mereka sebelum dijual.
Setiap kereta perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh 201-mata serta diberi bateri, minyak enjin dan penapis minyak yang baru. Keperluan lain bagi kereta PCPO adalah ia mesti berumur kurang daripada tujuh tahun dan mempunyai jarak tempuh tidak melebihi 130,000km semasa di tukar beli.
Ia juga mesti bebas daripada kerosakan disebabkan oleh banjir atau kemalangan besar yang mungkin mempengaruhi kekuatan struktur kereta.
Jenama kereta lain yang ditukar beli juga akan dijual oleh PROTON di laman web PCPO. Bagi kereta-kereta ini, jaminan tambahan tidak akan diberikan tetapi ia akan menerima pemeriksaan menyeluruh dan dibaik pulih sebelum ditawarkan kepada pelanggan. Maklumat lanjut, sila layari https://used-cars.proton.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Viral

Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal

gempak
18/04/2024
02:55 MYT
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Viral

Hanya Mengemis Sekitar 5 Jam Di Pasar Malam, Peminta Sedekah Ini Berjaya Beli Proton X70 Premium

gempak
22/02/2024
23:55 MYT
Kerja hanya mengemis sekitar empat hingga lima jam sehari, seorang peminta sedekah berstatus orang kurang upaya (OKU) berjaya memiliki sebuah kenderaan kenderaan SUV Proton X70 Premium
drebar

Proton Catat Jualan 10,380 Unit Pada September, Saga Paling Banyak Laris

gempak
06/10/2021
04:25 MYT
Dengan jualan kenderaan sebanyak 10,380 unit, PROTON berjaya mengekalkan kedudukan kedua di Malaysia.
drebar

Proton Perkenalkan Iriz Dan Persona 2022 Baharu, Ini Perinciannya Yang Anda Perlu Tahu

gempak
05/08/2021
04:24 MYT
Kedua-dua model diberi ciri-ciri, reka bentuk dengan pilihan warna baru
.