Proton Saga Black Knight Edition Muncul Juara Di Hagerty Festival Of The Unexceptional 2021, UK
Erywan
02/08/2021 04:28 MYT
02/08/2021 04:28 MYT
Proton Saga 1.5 GL Black Knight Edition yang dimiliki seorang pegawai polis, Jon Coupland, 30, muncul juara dalam acara Hagerty Festival of the Unexceptional 2021.
Buat tidak tahu apa itu Hagerty Festival of the Unexceptional, ia adalah acara tahunan meraikan kereta lama yang masih lagi boleh dipandu di United Kingdom.
Menurut Coupland yang dipetik menerusi www.hagerty.co.uk berkata, ini adalah pertama kali dia menyertai acara berkenaan.
"Saya mula menjadi peminat kereta sejak umur muda dan hanya memperoleh Proton pada 2019 dan kemenangan ini adalah sangat luar biasa,” katanya.
Difahamkan, Proton mengeksport sebanyak 201 unit varian Saga itu di pasaran negara berkenaan dan Coupland mendakwa ia adalah adalah satu-satunya varian Black Knight Edition yang masih wujud di Britain.
Coupland turut berkongsi sejarah kereta berkenaan yang mana pemilik pertama pernah memandu Proton Saga itu kira-kira 5,794km sebelum menyimpannya dalam garaj pada 1993, akibat kurang sihat.
Selepas 24 tahun barulah kereta itu keluar daripada garaj berkenaan selepas dibeli pemilik kedua dan dipandu sehingga dengan meter jarak perbatuan mencecah 16,093km. Coupland pula adalah pemilik ketiga yang dibeli kira-kira dua tahun lalu.
Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Peugeot 106 XN Graduate special edition 1991. Kenderaan lain yang turut menyertai acara itu membabitkan Nissan Bluebird 1989, Volvo 340 DL 1986, Ford Escort 1978, Kia Pride 1990, Fiat 128 1977 dan banyak lagi. Bagaimanapun, kereta buatan Malaysia adalah juara!