Antarabangsa
Proton Saga Versi Ulang Tahun Ke-35, Memang Bergaya Habis Harga RM39,300
Bagi meraikan ulang tahun ke-35, PROTON Holdings Bhd memperkenalkan edisi Saga Edisi Ulang Tahun yang ternyata memberi penampilan menarik buat kereta nasional itu.
Versi Saga Edisi Ulang Tahun menggunakan varian 1.3L Premium AT yang didatangkan dengan kehadiran luaran dan dalaman eksklusif.
Ia juga dilengkapi dengan penapis udara kabin N95 yang sebelum ini hanya pada model Proton X70.
Versi istimewa itu ditawarkan sebanyak 1,100 unit sahaja yang mana warna hitam itu kali pertama ditawarkan untuk orang awam kerana sebelum ini difahamkan hanya disediakan untuk kenderaan kerajaan.
Apa perbezaan versi edisi ulang tahun ini dengan standard. Dari segi penampilan luaran ia boleh dibezakan seperti:
- Warna hitam eksklusif
- Kemasan kuning pada bampar belakang dan bahagian atas jeriji
- Cermin sisi kuning
- Rim aloi eksklusif warna gelap
- Skirting hadapan dan sisi
- Visor cermin hood lid insulator trunk lid insulator
- Ruang penyimpan but
Tidak cukup dengan itu, bahagian dalaman juga menerima sedikit perubahan membabitkan:
- Kemasan kuning pada saluran penyaman udara dan konsul tengah
- Gelung kuning pada meter
Harganya pula, ia dijual bermula RM39,300 dimana harga sama dengan varian 1.3L Premium AT selepas pengecualian cukai jualan.
Bagi pemilik Saga 2019 sedia ada, mereka boleh membeli aksesori pakej ulang tahun seperti skirting hadapan dan sisi, visor cermin, hood lid insulator, trunk lid insulator dan ruang penyimpan but dengan harga RM2,350.
Must-Watch Video