Watch

Proton Satria ‘Green Hornet’

gempak
Public Anonymous User
28/09/2018
04:40 MYT
Sponsor Banner
Proton Satria ‘Green Hornet’
Ramai yang berfikiran jentera buatan tempatan kurang berkuasa untuk dipertandingkan di litar. Namun tanggapan itu silap dan jika kena cara ubah suai khususnya pada nadi jentera, ia pasti dapat menyaingi kereta lain biarpun bukan dalam keluarga sama.
Bagi membuktikannya, Proton Satria yang diberi gelaran Green Hornet milik bengkel KRS Autowork dibina khas untuk kejohanan sukan drag tanah air.
Biarpun berstatus bersendirian tanpa penaja, jentera milik Mohamad Farid Saadon 20-an memiliki enjin yang boleh dikatakan mampu memberi cabaran kepada pesaing lain.
Kereta itu menjalani proses naik taraf secara menyeluruh dengan sentuhan sepenunya dari bengkel itu dengan kerjasama Mentari Performance Academy. Ia juga sebagai tulang belakang dalam setiap penalaan serta momentum kepada kuasa pecutan Proton Satria berkenaan.
Sudah pastinya jentera itu tidak menggunakan enjin asal, tetapi dipadankan rangkaian kuasa 4g93 dengan sesaran 1,800cc yang diambil daripada Mitsubishi.
Bagi membuatkannya lebih berkuasa dan laju secara maksimum, enjinnya tidak dibiarkan dalam keadaan yang asal dan diubah suai secara menyeluruh.
Komponen dalaman yang utama sudah diganti kepada barangan lebih kukuh dan tahan lasak. Ia membabitkan penggunaan omboh berukuran 82.5 mm CP Carillo yang diikat pada conrod jenis jenama K1.
Blok enjin dan kepala silinder pula dicantumkan dengan menyelitkan gasket 0.5mm Cometic. Paling menarik, bahagian kepala silinder mendapat sentuhan dari Nasty Port Flow yang bertanggungjawab memastikan aliran di ruangan terbabit lebih lancar.
Aci sesondol asal diganti kepada yang berdurasi 304 darjah dari jenama DTR beserta komponen sokongannya yang lebih padu termasuklah valve spring retainer serta valve guide.
Tugas ambilan udara manifold diserahkan kepada Edelbrock lengkap dengan pendikit badan berukuran 70mm jenama S90. Aliran bahan api pula menerima khidmat pam minyak jenama Bosch 044, fuel rail digantikan dengan AEM.
Ia kemudiannya distabilkan oleh fuel regulator jenama Aeromotive sebelum disuntik ke kebuk pembakaran enjin menerusi 4 unit injektor Bosch berkapasiti 1000cc.
Selepas ubah suai enjin, cengkaman tayar turut memain peranan penting dalam perlumbaan drag. Jadi ia diberi tugas kepada Toyo R888 yang membaluti rim bersaiz 15 inci di hadapan. Pada belakang pula, rim dengan reka bentuk jenama Spoon itu dibaluti tayar Yokohama.
Sistem suspensinya diperkuatkan dengan komponen Tien di bahagian hadapan, manakala belakang suspensi HWL.
Jika dilihat pada bahagian luarannya, dapra luaran dilebarkan sedikit bagi menutup bahagian tayar serta dipadankan dengan bonet Mitsubishi Mirage. Lebih menariknya, ia dicat warna hijau yang akan kelihatan menyerlah jika di litar lumba drag.
Biarpun tiada penaja, Green Hornet masih boleh beraksi dengan cemerlang selepas memiliki piala perlumbaan drag yang dipertandingkan sebelum ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live