Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Watch

Proton Satria GTi kekal popular sehingga kini.

Public Anonymous User 10/03/2018 | 02:20 MYT
Proton memang satu nama yang tidak asing lagi dikalangan peminat kereta tempatan. Pastinya semua tahu, mereka ada menghasilkan beberapa model yang sangat menjadi rebutan seperti Putra dan Satria GTi.

Jadi mengapa jentera itu diminati sehingga hari ini. Jawapannya sudah pasti kerana spesifikasinya yang menjadi perhatian utama termasuk aksesori dan enjin jentera itu.

Berikutan itu, pemilik jentera Proton Satria GTi yang dipaparkan pada kali ini sudah pastinya hebat selepas enjinnya sudah diubah suai untuk menjadi lebih berkuasa.

Nadi barunya ini boleh digelar sebagai Mivec 1.8 kerana gabungan serta adunan yang dilakukan pada keseluruhannya.

Bahagian blok dipasangkan omboh Mivec ART berukuran 82mm. kepala silindernya pula diperhebatkan dengan penggunaan aci sesondol 304’ dan diikat bersama puli boleh laras milik Arospeed.

Unit ambilan udara milik enjin B18 Type R diikat bersama pendikit badan S90 untuk penjanaan kuasa lebih bertenaga. Udara yang memasuki ke dalamnya pula ditapis melalui kotak angin rekaan Sard.

Pada masa sama, boleh juga kelihatan radiator aloi dari ARC ditugaskan untuk menyejukkan enjin dengan lebih baik.

Gas karbon dari ruang pembakaran seterusnya dihantar keluar melalui paip ekzos berukuran 2.3 inci secara keseluruhannya. Tidak dilupakan, sistem penyampaian bahan api dibantu oleh pelaras berjenama Sard untuk memastikan minyak sampai ke tempat sepatutnya dengan lebih terkawal.

Kuasa dari enjin disampaikan ke bahagian roda dengan menggunakan kotak gear manual yang lengkap klac Exedy 6 spoke. Talaan enjin menjadi lebih mantap dengan adanya ECU dari Haltech SP 500 yang membantunya.

Selain enjin, sistem suspensinya sudah dinaik taraf dengan menggunakan penyerap hentak ZerOne HLSH yang membolehkan ia dilaras mengikut kehendak pemandunya serta mempunyai keselesaan lebih baik berbanding yang lain.

Casis badannya turut diperkukuhkan lagi dengan pemasangan ‘arm’ aloi dari jenama yang sama serta bar atas dari Ultra Racing.

Sistem hentiannya masih lagi dikekalkan milik GTi dan mampu menahan kelajuan yang dihasilkan oleh enjin itu.

Jika menjengah ruang dalamannya, ia kelihatan lebih menarik dengan papan pemuka asal diganti milik model MItsubishi.Turut kelihatan meter ZD serta Defi 3 beradik sudah mengambil tempat yang sudah ditetapkan.

Posisi pemanduan menjadi lebih mantap dengan padanan tempat duduk Recaro milik Civic EK9 bersama-sama stereng personal dan juga ‘short shift’ di sisinya.

Sementara itu, rupa luarannya diperhebatkan dengan pemasangan cermin sisi Ganador serta beberapa aksesori gentian karbon membabitkan bonet hadapan, dapra sisi serta spoiler belakang.

Jentera ini dinaik taraf dengan menerima sentuhan Cams Pro Auto di Pontian, Johor, manakala Dyno Torque Racing pula bertindak sebagai penala untuk memastikannya mampu beraksi dengan lebih sempurna.

Bagi pihak Smartworkshop juga dari Pontian memastikan kawasan ‘bay’ enjin jentera ini kelihatan lebih menarik dengan hasil kerja mereka yang cukup teliti. Selepas ditala, enjin ini merekodkan kuasa yang mampu dihasilkan sehingga 205hp.

;