Antarabangsa

PROTON Umum Tutup Semua Operasinya Bermula 18 Sehingga 19 Mac ini

gempak
Erywan
18/03/2020
03:24 MYT
Sponsor Banner
PROTON Umum Tutup Semua Operasinya Bermula 18 Sehingga 19 Mac ini
PROTON mengumumkan aktiviti perniagaan syarikatnya ditutup sementara waktu berikutan perintah kawalan pergerakan dari 18 sehingga 31 Mac 2020 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, baru-baru ini.
Bermula hari ini, operasi seperti penjualan dan selepas jualan ditutup buat sementara waktu di semua cawangan PROTON.
Pada masa yang sama aktiviti pengeluaran di Tanjung Malim dan Shah Alam akan terhenti secara serentak dalam usaha untuk membantu mengawal penyebaran coronavirus.
PROTON akan meneruskan semua operasi sebaik sahaja pelepasan diberikan oleh kerajaan Malaysia.
Untuk kes kecemasan seperti kerosakan atau kemalangan, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan 1-800-888-398 untuk bantuan segera (tersedia 24-jam). Untuk pertanyaan dan aduan, sila hantar e-mel kepada [email protected].
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live