Proton X50 Flagship Dikesan Jalani Ujian Di Thailand
Erywan
15/02/2021 07:27 MYT
15/02/2021 07:27 MYT
Proton sebelum ini pernah dipasarkan di negara jiran, Thailand sekitar 2005 hingga 2010. Kemudian jenama terbabit agak sepi dari pasaran mungkin kenderaan yang kurang memberangsangkan. Namun, apabila kita melihat model Proton Exora di pasaran Thailand ada juga rasa bangga.
Baru-baru ini, menerusi status pada laman Facebook Car Spotting Thailand menunjukkan imej Proton X50 varian flagship dilihat menjalani ujian di negara jiran itu. Badan X50 ditutupi penuh dengan pelekat penyamaran, bagaimanapun kenderaan utiliti sukan (SUV) itu boleh dikesan menerusi spoiler belakang berwarna hitam dan paip ekzos berkembar, diffuser bampar belakang serta bentuk lampu lebih tirus.
Imej intip berkenaan dirakamkan di bandar Songkhla dan dengan penerimaan penarafan 5-bintang dalam ujian Asean NCAP mengukuhkan lagi kedatangan model terbabit tidak lama lagi di Thailand. Bahkan menerusi komen pada status berkenaan rata-rata netizen Thailand sudah dapat mengagak model yang dilihat berkenaan adalah Proton X50.
Sebagai tambahan, menurut rakan media WapCar.my pasaran Thailand bakal menerima dua pilihan varian X50 iaitu Standard dan Flagship berbanding pasaran Malaysia yang menerima empat pilihan varian. Bahkan, dikhabarkan Proton sedang membangunkan sistem arahan suara 'Hi Proton' dalam bahasa Thailand.
Proton X50 didatangkan dalam dua pilihan enjin iaitu 3-silinder 1.5T (148hp pada 5,500rpm; 226Nm pada 1,500-4,000rpm) dan 3.silinder 1.5 TGDI (175hp pada 5,500rpm; 255Nm antara 1,500-4,000rpm).
Semua varian X50 dilengkapi dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan mod manual dalam konfigurasi pacuan roda depan (FWD).