,
Antarabangsa

‘PROTONxHuawei Better Together’ Tawar Hadiah Menarik Proton X70 Dan Telefon Pintar Huawei

Erywan
18/12/2020
04:45 MYT
Bagi meraikan akhir tahun 2020, pengeluar kereta nasional PROTON akan bekerjasama dengan Huawei dalam kempen yang digelar ‘PROTONxHuawei Better Together’.
Kempen yang berbentuk peraduan itu akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang bertuah dengan hadiah menarik termasuk Proton X70 baharu sebagai hadiah utama.
Peraduan yang akan diadakan dari 15 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021 terbuka kepada pembeli model Proton terpilih (Persona, Iriz, Exora atau Saga) atau alat pintar Huawei.
Selain hadiah utama Proton X70, telefon pintar Huawei Mate 40 Pro serta 17,000 baucar kedai dalam talian Huawei bernilai RM100 setiap satu akan juga ditawarkan ke pembeli kereta Proton.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Roslan Abdullah berkata, kereta Proton menerima sokongan yang baik dari rakyat Malaysia pada tahun ini.
“Jualan tahun 2020 memberangsangkan walaupun keadaan pasaran yang mencabar. Oleh itu, kami gembira dapat bekerjasama dengan Huawei sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan mereka.
“Tahun ini amat sukar bagi semua jadi kami di PROTON ingin menyebarkan semangat positif di kalangan rakyat Malaysia dan menyeru semua untuk menantikan permulaan yang baru pada 2021,” katanya.
Untuk menyertai peraduan ini, pembeli kereta Proton atau alat pintar Huawei perlu muat naik gambar yang kreatif yang berkaitan dengan kereta Proton atau alat pintar Huawei anda di laman media sosial Facebook atau Instagram.
Anda perlu hashtag #PROTONHUAWEIBETTERTOGETHER2020 #HUAWEIMATE40PRO dan #HiPROTON dan serta keterangan (caption), "Saya suka kereta Proton / Huawei Mate 40 Pro kerana...". Selepas memuatnaik, anda kemudian perlu melayari www.protonhuaweibettertogether.com untuk mengisi maklumat yang diperlukan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.proton.com/en atau https://www.huawei.com/my/.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Viral

Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal

gempak
18/04/2024
02:55 MYT
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Viral

Hanya Mengemis Sekitar 5 Jam Di Pasar Malam, Peminta Sedekah Ini Berjaya Beli Proton X70 Premium

gempak
22/02/2024
23:55 MYT
Kerja hanya mengemis sekitar empat hingga lima jam sehari, seorang peminta sedekah berstatus orang kurang upaya (OKU) berjaya memiliki sebuah kenderaan kenderaan SUV Proton X70 Premium
drebar

Proton Catat Jualan 10,380 Unit Pada September, Saga Paling Banyak Laris

gempak
06/10/2021
04:25 MYT
Dengan jualan kenderaan sebanyak 10,380 unit, PROTON berjaya mengekalkan kedudukan kedua di Malaysia.
drebar

Proton Perkenalkan Iriz Dan Persona 2022 Baharu, Ini Perinciannya Yang Anda Perlu Tahu

gempak
05/08/2021
04:24 MYT
Kedua-dua model diberi ciri-ciri, reka bentuk dengan pilihan warna baru
.
Unitar