Bermaz Auto Group menyambung semula operasi aktiviti servis bermula semalam dengan mengamalkan langkah keselamatan yang ditetapkah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Justeru itu, Mazda memperkenalkan Perkhidmatan Tanpa Sentuhan yang mana meminimumkan sentuhan antara manusia. Ini bermakna, ia menawarkan perkhidmatan mengambil dan menghantar kenderaan atau servis bergerak.

Bagi perkhidmatan mengambil dan menghantar kenderaan, ia ditawarkan di pusat servis terpilih melalui temujanji. Perkhidmatan itu hanya ditawarkan kepada pelanggan yang berada dalam lingkungan 10 kilometer daripada pusat servis.

Servis bergerak ini sudah diperkenalkan sejak 2017 lagi dan perkhidmatan itu diberi keutamaan kepada mereka yang membuat temujanji terlebih dahulu.

Sementara itu, Mazda juga akan memanjangkan tempoh waranti dan servis penyelanggaran percuma kepada kepada pelanggan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.