Qabil Irfan Dan Hakim Danish Gah Di Kejohanan SIC MiniGP Pusingan 2
Erywan
07/09/2020 07:52 MYT
07/09/2020 07:52 MYT
Qabil Irfan Azlan dan Muhammad Hakim Danish Ramli meraih kemenangan berturut-turut di Kejohanan SIC MiniGP Pusingan 2 yang berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC) pada semalam.
Qabil, juara bagi Pusingan 1 bagi kategori 110CC, mengekalkan kedudukannya di tangga teratas dengan catatan masa 14 minit 49.340 saat dan 14 minit 54.053 saat pada Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2.
Beliau meninggalkan pencabar terdekat, Adie Putra di tempat kedua dengan dan Awwal Haiqal di tempat ketiga.
Keadaan cuaca yang baik pada hari ini membantu Hakim Danish menggungguli Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 dengan catatan masa 17 minit 04.229 saat dan 17 minit 01.706 saat bagi kategori 160CC.
Hakim walaupon memulakan perlumbaan di petak akhir akibat kemalangan pada sesi kelayakan di waktu pagi, beliau terus beraksi seperti Marc Marquez dengan memotong setiap pelumba untuk merebut kembali kedudukan pertama.
Nasib tidak menyebelahi Farish Hafiy apabila penunggang bernombor 13 ini terbabit dalam kemalangan di selekoh pertama. Farish tidak dapat meneruskan perlumbaan bagi menerima rawatan dengan lebih lanjut di hospital.
Irfan Haykal menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan Amirun Haziq di tempat ketiga pada Perlumbaan 1. Manakala pada Perlumbaan 2, Irfan beralih ke tempat ketiga dan tempat kedua menjadi milik Farres Putra.
Pelumba-pelumba cilik menunjukkan aksi yang lebih baik pada pusingan ini. Mereka dapat memberi maklum balas seperti penunggang professional pada mekanik-mekanik pasukan ZK Racing. Mereka menceritakan apa yang perlu diperbaiki dan dilakukan untuk mendorong mereka berlumba dengan lebih kompetitif.
Hakim Danish berkata, syukur kepada Allah SWT kerana memberinya semangat untuk menjadi juara pada pusingan ini.
“Perlumbaan 1 agak sengit jika dibandingkan dengan Perlumbaan 2. Saya berasa lebih selesa dengan jentera lumba dan prestasi saya juga meningkat.
Saya berharap agar dapat lakukan yang terbaik untuk pusingan yang akan datang,” katanya.
Pusingan 3 akan berlangsung pada 25 Oktober dan diikuti dengan pusingan seterusnya yang dijadualkan pada 15 November dan pusingan akhir pada 6 Disember 2020.