Kenderaan Utilti Sukan (SUV) Range Rover Evoque keluaran 2020 diperkenalkan buat pasaran Malaysia dengan dua varian menerusi Evoque and Evoque R-Dynamic.

SUV yang paling bergaya dalam keluarga Range Rover itu kini dikemaskini dengan beberapa ciri baharu menerusi perumah lampu utama hadapan dan belakang yang lebih kecil serta didatangkan pememang pintu ‘flush’.


Evoque baharu itu juga dipadankan Pacuan Semua Roda dengan teknologi Driveline Disconnect yang didatangkan sebagai ciri standard bagi kedua-dua varia berkenaan.

Sistem itu bertindak dengan menyalurkan kuasa ke roda belakang sepenuhnya ketika pemanduan untuk mengurangkan kadar cengkaman, selain dilengkapi Terrain Response® 2 bagi menyesuaikan watak pemanduan kenderaan secara automatik supaya sesuai dengan keadaan permukaan laluan.


Bagi varian R-Dynamic pula, ia dipenuhi dengan ciri luaran yang dipertingkatkan dengan kemasan warna tembaga di bampar hadapan dan belakang, serta turut dilengkapi sisipan fenderan hadapan untuk menambah daya tarikan.

Selain itu, varian berkenaan menjadi segmen pertamanya yang dilengkapi ciri ‘ClearSight Rear View Mirror’ untuk memberi penglihatan yang lebih jelas untuk bahagian belakang.


Evoque baharu itu juga menjadi model pertama Land Rover dilengkapi ciri Smart Settings dimana sistem itu menggunakan algoritma kecerdasan buatan untuk mengetahui pilihan pemandu.

Sistem itu akan menetapkan pilihan secara automatik untuk memberi keselesaan seperti posisi tempat duduk dan tetapan media khusus untuk pemandu.


Sistem infotaimennya pula, ia dilengkapi dengan Land Rover InControl® Touch Pro Duo sebagai ciri standard bagi varian Evoque dan Evoque R-Dynamic. Ia juga dipadankan sistem bunyi mewah jenama Meridian dengan 11 pembesar suara.

Jarak rodanya lebih panjang 21mm sekali gus memberi peningkatan ruang kaki pada ruang kabin, selain mempunyai ruang penyimpan sehingga 591 liter iaitu 10 peratus lebih luas berbanding sebelum ini.


Kedua-dua varian itu menggunakan enjin 2.0 liter petrol turbocharged, namun menyalurkan output yang berbeza. Bagi varian Evoque, ia menyalurkan 200PS/320Nm, manakala 249PS/365Nm untuk Evoque R-Dynamic. Harga bagi Evoque dan Evoque R-Dynamic masing-masing dijual bermula RM426,828 serta RM475,398.