Antarabangsa

Rebat Tunai RM7,000 Untuk Memiliki Ford Ranger WildTrak - Sangat Jimat!

gempak
Erywan
20/04/2020
05:40 MYT
Sponsor Banner
Rebat Tunai RM7,000 Untuk Memiliki Ford Ranger WildTrak - Sangat Jimat!
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini mengumumkan bermulanya promosi Ford Ranger WildTrak untuk memberikan pelanggan penjimatan bagi pembelian kenderaan mereka.
Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, Ford Ranger WildTrak sentiasa menjadi kegemaran ramai, justeru itu pihaknya menawarkan rebat tunai sebanyak RM7,000.
Menurutnya, rebat yang banyak itu, berharap ia dapat mengurangkan beban kewangan kepada pelanggan yang berhasrat untuk menjadi pemilik Ford Ranger WildTrak.
“Pada ketika ini, kami juga menyeru kepada semua agar terus tabah dan sentiasa berfikiran positif.
“Kita semua juga harus terus sentiasa memiliki sifat tanggungjawab sosial dengan mengambil tahu situasi semasa di samping sentiasa mengamalkan kebersihan diri,” katanya.
Promosi Ford Ranger WildTrak akan berlanjutan sehingga tarikh yang dinyatakan kelak. Pelanggan boleh mendapat maklumat terkini tentang tempoh kempen ini dengan melayari laman web SDAC-Ford.
Sepanjang tempoh promosi itu juga, pelanggan berpeluang merebut Promosi Rangkaian Ford Ranger XLT sehingga 31 Mei ini. Anda boleh jimat sehingga RM9,000 bagi Ranger XLT 2.2L, RM8,000 untuk Ranger XLT Special Edition dan RM7,188 untuk XLT Plus.
Semua model Ford Ranger memberikan pengalaman pemilikan yang tiada tandingan, dengan waranti penuh pengeluar selama 3 tahun atau sehingga 100,000km, yang mana dahulu, dan pastinya memberikan kelegaan kepada pemilik.
Untuk mengetahui maklumat semasa bagi waktu urusan bilik pameran dan pusat servis serta promosi terbaharu dan pengumuman kami, sila layari laman web www.sdacford.com.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live