Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Antarabangsa

Red Bull Racing tukar 4 tayar dalam 1.91 saat, terus pecah rekod dunia!

Erywan 16/07/2019 | 04:00 MYT

Red Bull Racing membuat satu sejarah baru dalam acara Formula Satu dengan melakukan pitstop terpantas dunia di Litar Silverstone, England, pada hujung minggu lalu.

Pencapaian itu membuat satu kejayaan buat pasukan Red Bull Racing biarpun perlumbaan itu dimenangi pelumba Mercedes-AMG Petronas Motorsport, Lewis Hamilton.

Apabila pelumba Pierre Gasly mahu masuk ke pitstop, beliau mahu menukar keempat-empat tayarnya. Jadi krew pasukan Red Bull Racing bersedia dan menukar tayar berkenaan dalam 1.91 saat, 0.01 saat lebih pantas berbanding rekod sebelum ini.

Jika dilihat dalam video di bawah, setiap pertukaran tayar mereke memerlukan tiga orang. Ia membabitkan petugas melonggar dan mengetatkan nat, membuka tayar lama dan memegang sambil meletak tayar baru.

{^widget|(name)YouTubeVideo|(VideoURL)https%3a%2f%2fyoutu.be%2f3ZVf6Sc989E|(Width)640|(Height)355|(AutoPlay)False|(widget_displayname)YouTube+video^}
Pada Ahad lalu, Hamilton menjulang Grand Prix Britain keenam di Silverstone. Juara dunia lima kali itu mencatat masa sepusingan terpantas pada pusingan terakhir, untuk mendahului 25 saat di depan rakan sepasukan dan pencabar gelaran terdekat Valteri Bottas selepas bersaing sengit. Charles Leclerc dari Ferrari di tempat ketiga.

Pierre Gasly menduduki tempat keempat di depan rakan sepasukan Red Bull Max Verstappen, yang gagal mendapat kedudukan lebih baik selepas dirempuh Sebastian Vettel dan seterusnya Carlos Sainz daripada McLaren.

Ia adalah kemenangan ketujuh Hamilton dalam 10 perlumbaan tahun ini dan kemenangan ke-80 sepanjang kariernya.

#F1
;