Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Remaja Bina Replika Lamborghini & Ferrari Daripada Kotak Terbuang

Erywan
16/03/2020 04:30 MYT
Sekumpulan remaja di Vietnam kreatif menghasilkan replika kereta supercar dengan hanya menggunakan bahan buangan dan terpakai.

Namakan apa saja kenderaan mewah, sama ada Ferrari mahupun Ducati semuanya boleh dihasilkan walaupun badan kenderaan kelihatan ganjil disebabkan dibuat daripada kotak terpakai.

Sebelum menghasilkan jentera replika itu, remaja berkenaan membina kerangkanya terlebih dahulu dengan menggunakan buluh.

Mereka memaparkan hasil mereka di saluran Youtube NHẾT TV. Lapor Oddity Central memaklumkan bahawa mereka membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membangunkan kenderaan berkenaan.

Seorang daripada mereka memberitahu sudah menghasilkan pelbagai kenderaan plakad sejak beberapa tahun lalu.

Hingga kini, lebih 600,000 peminat mengikuti saluran YouTube mereka dan rata-ratanya adalah rakyat Vietnam sendiri.