Bermula hari ini, TC Euro Cars (TCEC) menurunkan harga kenderaan mereka selaras dengan pelaksanaan pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Pengedar kenderaan Renault di Malaysia itu menyemak semula harga kenderaan mereka yang mana ia memberi penjimatan kepada bakal pembelinya.


Bagi kereta pemasangan tempatan, penjimatan boleh dinikmati sehingga RM2,691 bagi model Captur, manakala versi import berkurangan sehingga RM11,670 untuk Megane R.S. 280 CUP EDC.

Ini senarai harga bagi kenderaan Renault di Malaysia. Harga itu tidak termasuk insurans.


Selain itu, TCED melanjutkan tawaran eksklusif bagi pembelian secara dalam talian di Renaut E-Store dengan pelepasan bayaran bulan selama enam bulan yang memberi penjimatan sehingga RM17,000.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari www.renault.com.my untuk melihat promosi berkenaan.