TEMPATAN
Rim Gentian Karbon 22 Inci Khas Untuk Bentley Bentayga
Kenderaan yang menggunakan rim gentian karbon ketika ini sudah tidak lagi menjadi pelik selepas banyak jentera terutama hypercar atau supercar memilih roda berkenaan sebagai pilihan.
Jentera dua roda juga tidak ketinggalan menggunakan material itu, terutama bagi model edisi terhad seperti Ducati dan BMW.
Namun, Bentley juga tidak mahu ketinggalan untuk menawarkan rim gentian karbon bagi model kenderaan utiliti sukannya (SUV) menerusi Bentayga.

Ia dibangunkan oleh pengeluar komposit Bucci Composites dan menjadi yang pertama lulus semua ujian dalam piawaian TÜV (Technischer Überwachungsverei - Technical Inspection Association).
Ujian itu merangkumi tekanan dwipaksi, ujian radial dan impak lateral untuk simulasi jalan berlubang dan berbatu, tayar berlebihan tekanan udara serta ujian tork berlebihan melebihi had yang dibenarkan.

Situasi itu berbeza berbanding rim aloi yang dikatakan menyebabkan merekah atau hancur serta boleh membuatkan tayar meletup.
Untuk memilikinya, ia adalah satu daripada pakej Styling Specification iaitu aksesori gentian karbon. Namun, difahamkan juga bahawa roda gentian karbon itu boleh ditempah pada hujung tahun ini.

Must-Watch Video