Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rim Gentian Karbon 22 Inci Khas Untuk Bentley Bentayga

Erywan
27/07/2021 08:26 MYT
Kenderaan yang menggunakan rim gentian karbon ketika ini sudah tidak lagi menjadi pelik selepas banyak jentera terutama hypercar atau supercar memilih roda berkenaan sebagai pilihan.

Jentera dua roda juga tidak ketinggalan menggunakan material itu, terutama bagi model edisi terhad seperti Ducati dan BMW.

Namun, Bentley juga tidak mahu ketinggalan untuk menawarkan rim gentian karbon bagi model kenderaan utiliti sukannya (SUV) menerusi Bentayga.


Roda yang ditawarkan itu adalah bersaiz 22 inci dan boleh dikatakan paling besar dibina bagi syarikat berkenaan. Selain itu, ia dikatakan lebih ringan sehingga 6 kilogram bagi setiap rim.

Ia dibangunkan oleh pengeluar komposit Bucci Composites dan menjadi yang pertama lulus semua ujian dalam piawaian TÜV (Technischer Überwachungsverei - Technical Inspection Association).

Ujian itu merangkumi tekanan dwipaksi, ujian radial dan impak lateral untuk simulasi jalan berlubang dan berbatu, tayar berlebihan tekanan udara serta ujian tork berlebihan melebihi had yang dibenarkan.


Satu ujian yang dilakukan, mendapati tayar akan kempis secara perlahan dan membantu kereta dihentikan secara terkawal dan selamat selepas berlakunya impak atau hentakan.

Situasi itu berbeza berbanding rim aloi yang dikatakan menyebabkan merekah atau hancur serta boleh membuatkan tayar meletup.

Untuk memilikinya, ia adalah satu daripada pakej Styling Specification iaitu aksesori gentian karbon. Namun, difahamkan juga bahawa roda gentian karbon itu boleh ditempah pada hujung tahun ini.

#Bentley
;