Antarabangsa
Rocket Bunny Tawar Pakej Kit Badan Toyota GR Yaris, Lain Macam!
Rocket Bunny dikenali dengan kreativiti menghasilkan kit badan dengan gaya luar biasa, lebih-lebih lagi bahagian fender yang cukup besar untuk melindungi tayar serta rim profil lebar.
Kini, Rocket Bunny menawarkan pakej untuk menukar imej standard Toyota GR Yaris menjadi sebuah hot hatch seperti bakal beraksi dalam sukan lumba rali dunia.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/toyota-yaris-gr-rocket-bunny-01.jpg)
Di bahagian sisi bampar depan, ada dua kanard besar berwarna hitam dipasang untuk membantu menghala aliran udara keluar untuk meningkatkan faktor aerodinamik. Sebagai tambahan, ada splitter di bawah bampar untuk membantu tugas itu.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/toyota-yaris-gr-rocket-bunny-05.jpg)
Jika dilihat, fender belakang ada bolong untuk menyalurkan udara ke kawasan rim belakang sebelum keluar menerusi bolong kedua di bampar belakang. Fungsinya untuk mengurangkan haba dan kepanasan sistem brek.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/toyota-yaris-gr-rocket-bunny-03.jpg)
Setakat ini, tiada maklumat sama ada enjin kereta ini mendapat sentuhan modifikasi baharu. Toyota GR Yaris sebenarnya sebuah hot hatch berprestasi dengan enjin tiga silinder berkapasi 1.6 liter bersama pengecas turbo. Ia mampu menjana kuasa 257hp (model Eropah) dan 268hp (versi di Jepun).
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/toyota-yaris-gr-rocket-bunny-04.jpg)
Tetapan ini membantu hot hatch ini mencapai kelajuan 100 kilometer dalam masa kurang daripada 5.5 saat. Apapun, Toyota mengehad kelajuan maksimum kepada 230 kilometer sejam.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/toyota-yaris-gr-rocket-bunny-02.jpg)
Must-Watch Video