Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Roda Panas: Boleh Tahan Cantik Yamaha RX-Z Milik Achey Ni!

Erywan
30/05/2021 03:40 MYT
Memiliki motosikal dua lejang, Yamaha RX-Z ibarat membeli emas apabila semakin lama anda menyimpan, makin mahal harganya.


Harga jentera itu kini boleh dikatakan tidak masuk akal kerana ada yang sanggup membelinya melebihi RM50,000, seolah-olah nilainya menyamai sebuah jentera superbike.


Ada juga dikalangan selebriti tempatan yang memiliki jentera itu, dan seorang daripadanya adalah pelawak, Achey. Yamaha RX-Z miliknya itu, nampak menarik kerana warna yang digunakan adalah edisi Energy Induction.


Adakah motosikalnya itu cukup ‘rare’ untuk anda, saksikan di Roda Panas pada malam esok (31 Mei 2021) secara eksklusif di saluran Astro Naura (109) pada jam 9.30 malam serta turut boleh distrim menerusi aplikasi menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Dalam episod itu turut menampilkan pelakon, Beto Kusyairi yang menunggang Ducati Panigale 1199. Saksikan kedua-dua selebriri itu akan memberi ulasan jentera masing-masing dari segi keistimewaan dan spesifikasinya.


Buat mereka yang tidak tahu apa itu Roda Panas, ia adalah rancangan automotif yang mengandungi pengisian tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan terdiri barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air.


Selain itu, program Roda Panas juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya.


Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik pengajaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.


Program itu dikemudikan pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan “Hero Pujaan Malaya”, Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 episod dengan susunan tema berbeza bagi setiap episod. Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod supercar, superbike, off-road, modifikasi dan banyak lagi.

#Panas #Roda
;