TEMPATAN
Roda Panas - Luar Biasa Ford Mustang Wak Doyok, Tontonnya Di Astro Naura Malam Esok
Kalau sebut nama Wak Doyok, sudah pasti ramai yang mengenalinya sebagai personaliti fesyen dan juga pelakon dalam beberapa rancangan program televisyen.
Selain itu, beliau juga mempunyai minat yang mendalam terhadap jentera dua roda serta empat roda. Dalam episod Roda Panas pada minggu ini, Wak Doyok akan menampilkan sebuah jentera ‘muscle car’ jenama Amerika Syarikat iaitu Ford Mustang.

Tidak cukup dengan itu, Ford Mustangnya itu tidak dibiarkan standard tetapi dimodifikasi kepada model Shelby GT500. Pastinya ubah suai itu menjadi satu penanda aras yang terbaik buat model berkenaan.

Malah enjin standardnya masih belum cukup berkuasa bagi Wak Doyok, sehingga prestasinya ditambah sehingga 745hp. Apa yang dilakukan pada jentera ‘muscle car’ itu, anda perlu menontonnya Isnin ini (19 April 2020) pada jam 9.30 malam di Astro Naura Saluran 109.

Roda Panas disiarkan pada setiap minggu bermula Isnin (12 April 2021) pada jam 9.30 malam di Astro Naura Saluran 109. Jangan lupa tonton program ini!
Must-Watch Video