TEMPATAN
Roda Panas: RM300K Modifikasi Nissan Skyline GT-R R34 Ini
Kalau sebut Godzilla, mungkin ada dua maksud berbeza yang boleh ditaksirkan. Jika individu itu minat dalam dunia automotif lebih-lebih dalam model JDM (Japanese Domestic Market) sudah pasti ia akan menyangka ia sebuah Nissan Skyline GT-R. Namun jika sebaliknya, ia hanya seekor raksasa dalam filem Godzilla.
Dalam episod keempat Roda Panas pada kali ini, ia menampilkan sebuah Godzilla yang cukup diminati buat kaki-kaki kereta JDM di Malaysia iaitu Nissan Skyline GT-R R34. Jentera itu juga adalah generasi terakhir yang membawa nama Skyline dalam keluarga GT-R.

Warna birunya cukup gah kerana ia dicampur khas dengan kod warna pilihan, sekali gus menjadikannya sangat memikat. Tahukah anda, lampu hadapan sahaja sudah mencecah RM15,000, bagaimana pula dengan aksesori yang lain?

Roda Panas mengandungi pengisian tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang terdiri barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air pada setiap episod.

Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik pengajaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.

Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod supercar, superbike, off-road, modifikasi dan banyak lagi.
Must-Watch Video