Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Roda Panas: RM300K Modifikasi Nissan Skyline GT-R R34 Ini

Erywan
02/05/2021 03:08 MYT
Kalau sebut Godzilla, mungkin ada dua maksud berbeza yang boleh ditaksirkan. Jika individu itu minat dalam dunia automotif lebih-lebih dalam model JDM (Japanese Domestic Market) sudah pasti ia akan menyangka ia sebuah Nissan Skyline GT-R. Namun jika sebaliknya, ia hanya seekor raksasa dalam filem Godzilla.

Dalam episod keempat Roda Panas pada kali ini, ia menampilkan sebuah Godzilla yang cukup diminati buat kaki-kaki kereta JDM di Malaysia iaitu Nissan Skyline GT-R R34. Jentera itu juga adalah generasi terakhir yang membawa nama Skyline dalam keluarga GT-R.


Godzilla biru itu dimiliki seorang usahawan kedai cuci kereta yang mana ia sudah pun melaburkan sehingga hampir RM300,000 untuk modifikasi kereta berkenaan.

Warna birunya cukup gah kerana ia dicampur khas dengan kod warna pilihan, sekali gus menjadikannya sangat memikat. Tahukah anda, lampu hadapan sahaja sudah mencecah RM15,000, bagaimana pula dengan aksesori yang lain?


Untuk tahu lanjut, saksikannya di Roda Panas pada malam esok (3 Mei 2021) secara eksklusif di saluran Astro Naura (109) pada jam 9.30 malam serta turut boleh distrim menerusi aplikasi menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Roda Panas mengandungi pengisian tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang terdiri barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air pada setiap episod.


Selain itu, program Roda Panas juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik pengajaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.


Program itu dikemudikan oleh pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan ‘Hero Pujaan Malaya’, Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 episod dengan susunan tema berbeza bagi setiap episod.

Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod supercar, superbike, off-road, modifikasi dan banyak lagi.

#Panas #Roda
;