Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Modifikasi

Rolls-Royce MPV? Bukan, Ini Toyota Alphard Guna Kit Badan Veilside

Erywan 06/05/2020 | 03:44 MYT

Jika disebut kit badan Veilside, ramai akan mengaitkan jenama dari Jepun itu dengan kereta-kereta sport seperti Mazda siri RX.

Anggapan itu benar, namun Veilside juga ada menghasilkan pakej kit badan gaya eksekutif (VIP) untuk kenderaan pelbagai guna (MPV).
Pakej kit badan ini dipanggil Dominator adalah keluaran Veilside untuk Toyota Alphard generasi lama, merangkumi bampar depan, fender, gril menegak, hud dan set lampu hadapan.
Selayang pandang, MVP ini nampak seakan-akan sebuah Rolls-Royce. Ini disebabkan oleh bentuk gril yang mempunyai logo segiempat dengan paparan VS pada bahagian tengah.
Selain itu, set lampu depan berbentuk segiempat yang dipasang secara melintang juga menguatkan gaya ala kereta mewah jenama Britain. Bagaimanapun, set lampu ini adalah berasaskan teknologi projektor.
Bagi pemilik Alphard yang mahu menyempurnakan paparan sisi, Veilside turut menawarkan skirt tepi atau sisi badan MPV yang dijual secara berasingan. Bampar belakang pula ada kelainan dengan muncung ekzos diposisikan lebih rapat di bahagian tengah bampar.
Pakej kit badan Veilside Dominator ditawarkan pada harga 698,000 Yen (RM28,066), manakala skirt sisi pula dijual dengan harga 72,000 Yen (RM2,895). Jika berminat, anda boleh membuat tempahan menerusi laman www.veilsidejpn.com.

;