Lebih sebulan Kenderaan Utilti Sukan (SUV), Proton X50 dipertontonkan secara rasminya kepada media di Kilang Pemasangan Proton di Tanjung Malim, Perak.

Akhirnya ia dilancarkan secara dalam talian bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kini dilanjutkan sehingga 9 November depan bagi Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya.


X50 didatangkan dengan rangkaian kuasa tiga silinder yang pastinya menyalurkan prestasi cukup baik untuk SUV ini. Kotak yang digunakan juga adalah sama seperti abangnya, X70 iaitu transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan. Ia kini dilengkapi dengan mod standard, eco dan sport.


Ini enjin yang digunakan untuk X50:


Bagi memberi pilihan kepada pemiliknya, X50 ditawarkan dengan enam pilihan warna membabitkan:


Baca juga artikel berkaitan:
>> Ini Penjelasan Kami, Kenapa Proton X50 Sebuah SUV Yang Bagus


Ini Spesifikasi Dan Harga Proton X50 Mengikut Varian:

1.5 T Standard - RM79,200

1.5 T Executive - RM84,800

1.5 T Premium - RM93,200

1.5 TGDi Flagship - RM103,300

Semua harga itu atas jalan tidak termasuk insurans sehingga 31 Disember ini sempena pengecualian cukai jualan. Harga itu hanya untuk Semenanjung Malaysia Sahaja.

Sementara itu, Proton juga turut menawarkan pakej bagi pembelian Proton X50 ini termasuklah:

1. Tempoh jaminan 5 tahun tanpa had jarak kilometer.
2. Data pakej selama 5 tahun percuma 1GB sebulan.
3. 5 kali kos buruh percuma untuk 30,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2020.
4. Kadar faedah bermula 2.22 peratus.
5. Program Proton Insuran.