Mazda Corporation mengumumkan untuk panggil balik beberapa model kenderaan jenama berkenaan untuk menukar pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga.

Berdasarkan maklumat yang diterima dari Mazda Corporation Jepun, sebanyak 19,685 unit kenderaan Mazda di Malaysia terjejas dan perlu menukar komponen berkenaan. Model yang terjejas membabitkan Mazda2, Mazda3, Mazda6, CX-3, CX-5 dan CX-9 bagi model pengeluaran antara 2017 sehingga 2019.

Sebagai pengedar tunggal kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor, bersama dengan Mazda Corporation, berusaha serius untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Panggil balik itu sebagai langkah pencegahan bagi mengatasi kemungkinan kehilangan kuasa atau kenderaan berhenti disebabkan oleh modul pam bahan bakar.

Penarikan balik produk ini juga sesuai dengan di negara lain yang terjejas termasuk China, negara ASEAN dan kawasan lain (Negara-negara di Asia, Timur Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Caribbean).

Model yang terjejas membabitkan:

Pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan dan SMS, yang akan merangkumi perincian panggil balik. Selepas menerima pemberitahuan untuk mengganti pam bahan bakar, Bermaz Motor menggesa pelanggan menghubungi mana-mana pusat perkhidmatan Bermaz yang sah untuk membuat janji.

Penukaran pam bahan api yang terjejas adalah percuma dan semua kos berkaitan dengan aktiviti penggantian ini akan ditanggung oleh Bermaz Motor.

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai panggil balik itu atau memeriksa nombor casis kenderaan mereka melalui https://mazda.com.my/mazda-recall-information-centre.