Sebelum Tukar Rim, Fahami Dulu Maksud PCD Dan Offset
Erywan
10/03/2020 04:30 MYT
10/03/2020 04:30 MYT
Jika anda mempunyai niat untuk membeli roda aloi ‘aftermarket’ untuk jentera kesayangan, ada dua faktor penting yang perlu diambil kira selain saiz iaitu PCD dan ‘offset’. Ya, dua benda ini selalu timbul dalam perbualan antara kaki kereta tetapi tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan PCD dan ‘offset’ dan kenapa ia penting?
PCD
Secara ringkasnya, PCD adalah singkatan kepada Pitch Circle Diameter. Ia merujuk kepada saiz diameter dalam unit milimeter yang dikira daripada tengah lubang nat yang terdapat di tengah-tengah roda.
PCD yang paling kerap ditemui adalah 100 dan 114.3 namun terdapat juga pengeluar yang menggunakan saiz-saiz lain. Jadi jika nilai PCD sesuatu roda itu ditulis 4X100, ini bermakna roda tersebut mempunyai empat lubang nat dan ukuran PCD-nya adalah 100 mm.
Ketika memilih roda, pastikan yang roda baharu itu mempunyai jumah lubang dan ukuran PCD yang sama dengan roda asal supaya ia boleh dipasang pada hab dengan selamat.
Offset
Offset pula merujuk kepada jarak ‘mounting surface’ roda pada sebelah brek dengan garisan tengah lebar roda tersebut. Terdapat tiga jenis ‘offset’ iaitu ‘zero offset’, ‘positive offset’ dan ‘negative offset’. Gambar rajah di bawah menerangkan ketiga-tiga jenis offset tersebut dengan lebih jelas.
Memastikan anda memilih roda dengan ‘offset’ yang betul adalah penting kerana ia boleh memberi kesan kepada kedudukan roda dan tayar anda. ‘Positive offset’ yang terlalu tinggi bermakna tayar berada pada kedudukan yang terlalu dalam dan ini mungkin akan menyebabkan ia bergesel dengan brek dan suspensi atau paling teruk, stereng tidak boleh dipulas.
Sementara itu, ‘negative offset’ yang melampau bermakna tayar berada di luar gerbang roda dan dalam kebanyakan kes terutamanya dengan suspensi yang rendah, tayar anda akan bersentuhan dengan gerbang roda. Ini bukan sahaja membuatkan jentera anda kelihatan pelik, malah ia juga merupakan satu kesalahan.