Antarabangsa

Sekian lama menyepi, Lambretta muncul model konsep G325 Special

gempak
Erywan
15/11/2019
02:57 MYT
Sponsor Banner
Sekian lama menyepi, Lambretta muncul model konsep G325 Special
Lambretta dikenali sebagai satu daripada dua jenama skuter klasik lama popular dunia. Sungguhpun begitu, pengeluarnya enggan berada jauh di belakang saingan dalam liga dan mahu kekal relevan pada masa akan datang.
Maka, mereka muncul di Pameran Motor Milan (EICMA) baru-baru ini dan membawa satu model konsep iaitu G-Special baharu.
Berstatus konsep, namun pengeluarannya akan bermula tidak lama lagi. Cuma ada beberapa perkara Lambretta mahu selesaikan sebelum produksi bermula.
Skuter ini yang dipanggil G325 Special dibina menggunakan monokok keluli dengan panel sisinya boleh ditukar ganti. Papan kakinya akan ada lampu berbentuk logo jenama itu dan akan nyala apabila pemilik mendekatinya.
Bagaimanapun, Lambretta dikatakan tidak memberi penjelasan lanjut mengenai lampu itu dan juga tiada sebarang maklumat mengenai spesifiksi enjin dan lain-lain.
Dalam perkembangan semasa, Lambretta ada membuat pengumuman untuk pengenalan satu unit G-Special 'elektrik berkuasa tinggi' di Pameran Auto Delhi pada Februari nanti. Acara itu dikatakan medan pengenalan skuter elektrik pertama Lambretta.
Lambretta ada menyatakan impian menjadi jenama nombor satu dunia dalam segmen skuter Itali menjelang 2028. Syarikat induknya juga mahu meneruskan penerokaan teknologi termasuk membangunkan skuter elektrik lain dan motosikal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live