gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tiada Lagi Kelibat 'Oyen' Depan Kedai Nasi Ayam Shiha Zikir - "Saya Harap Ada Orang Boleh Jaga Dia Dengan Baik"
VIRAL
Kerap Dipukul Sebulan Nikah, Isteri Penggal Kepala Suami Buang Di Sungai
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Kurang Menyengat! Darling, Scha Nuril, Melinda Dadew & Max Brandon ‘Fall’ Di Minggu Suku Akhir
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TEMPATAN

Selepas 19 Tahun Parkir, Akhirnya Volkswagen Golf GTI Ulang Tahun Ke-25 Bakal Dijual

Erywan
Erywan
13/07/2021
07:52 MYT
Sponsor Banner
Selepas 19 Tahun Parkir, Akhirnya Volkswagen Golf GTI Ulang Tahun Ke-25 Bakal Dijual
Biarpun banyak Volkswagen GTI diluar sana, ini bukannya jentera biasa-biasa kerana ia dibina sempena ulang tahun ke-25 model berkenaan.
Jentera itu menggunakan badan asas Golf MK4 (generasi keempat), tetapi ia dicat warna Reflex Silver dan turut menggunakan rim BBS RC 18 inci yang mana bahagian dalamnya dipadankan kaliper brek merah yang lebih besar pada bahagian hadapan. Ia juga menggunakan suspensi sport untuk membuatkan jentera itu lebih rendah.
Selain ruang dalamannya diperkemaskan dengan brek tangan balutan kulit, tali pinggang gabungan Merah dan hitam. Paling menariknya ia menggunakan kerusi Recaro yang mana ruang dalaman itu seolah-olah seperti baru keluar daripada kilang.
Berbicara berhubung prestasinya, ia menggunakan enjin 1.8 liter turbocharged yang mampu menyalurkan 180hp dengan tork setinggi 235Nm. Ia juga menggunakan transmisi manual.
Berdasarkan maklumat daripada pusat jualannya, Silverstone Auctions, kenderaan itu baharu sahaja dipandu 12.8 kilometer (km) dengan hanya satu pemilik sahaja. Jentera itu didaftar pada Oktober 2020, tetapi tiada maklumat yang didedahkan disebalik mengapa jentera itu tidak dipandu sepenuhnya.
Buat masa ini tiada lagi pengumuman harga dibuat kerana proses bidaan bakal bermula pada 31 Julai ini. Namun berdasarkan model sama yang dijual sebelum ini, ia boleh mencecah £11,812 pada 2018, tetapi jarak kilometer jentera itu mencecah 29,000.
Pada pandangan kami, Volkswagen Golf GTI Ulang Tahun Ke-25 dengan jarak pemanduan 12.8 km itu pastinya lebih mahal. Maklumlah kondisi NOS!
Topic Berkaitan
#Volkswagen
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement