Antarabangsa
Selepas 27 Tahun Motosikal Ini Kembali Kepada Tuannya
Kisah ini sudah lama berlalu sekitar Oktober 1992 apabila seorang remaja 17 tahun kehilangan dirt bike Kawasaki KX125-H (1990).
Ia berlaku pada 27 tahun lalu apabila remaja berkenaan mendapatkan rawatan perubatan akibat lengan patah.
Lebih malang motosikalnya dicuri dan seharusnya selepas sekian lama tentunya dia sudah melupakan kisah tragis itu.
Namun, jika sudah rezeki tidak akan ke mana. Selepas 27 tahun, pegawai polis terlihat seorang lelaki menunggang motor itu di Bushnell Park in Hartford, Connecticut.
Pihak berkuasa langsung melakukan jejak dan Jabatan Polis Hartford berjaya mengesan motor itu dengan melakukan pemeriksaan VIN menerusi Biro Jenayah Insurans Nasional dan Pusat Maklumat Jenayah Nasional.
Dengan cara ini pihak berkuasa menemui laporan polis di daerah Waterbury, Connecticut yang direkodkan Oktober 1992.
Kawasaki KX125-H itu masih dalam keadaan baik dan mengejutkan kerana selalunya motor curi sudah hancur kerana komponen jentera akan ditanggalkan untuk dijual.
Selepas melakukan pencarian akhirnya mereka menemui tuan asal motor berkenaan yang kini berusia 44 tahun lalu menyerahkan motor berkenaan.
Satu kisah yang jarang sekali berakhir dengan baik dan tentunya jarang sekali berlaku!.
Must-Watch Video