Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Antarabangsa

Selepas Indonsia, Kini Thailand Pula Dapat Yamaha NMAX 155 Naik Taraf

Erywan 17/04/2020 | 08:08 MYT

Pada Disember lalu, Indonesia menjadi negara pertama untuk menerima model skuter Yamaha NMAX 155 versi naik taraf.

Pada majlis pengenalan Yamaha NMAX 155, sebanyak dua varian diperkenalkan iaitu varian standard dan versi Conneced/ ABS.
Thailand yang tergolong sebagai antara pasaran terkuat Yamaha di Asia Tenggara menjadi negara kedua untuk menerima kemasukan skuter ini, namun terhad kepada satu varian sahaja.
Model tersebut dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS) tetapi ditanggalkan ciri kawalan cengkaman, kemasukan tanpa kunci dan fungsi Y-Connect. Ini untuk memastikan ia berharga mampu milik.
Sistem suspensi belakang NMAX 155 edisi 2020 Thailand juga menyamai komponen standard NMAX 155 (2020) Indonesia iaitu tiada tabung simpanan gas absober. Yamaha NMAX 155 edisi 2020 Thailand dijual pada harga 85,900 Baht (RM11,495).
Kedua-dua negara ini mendapat Yamaha NMAX dengan set lampu LED bersama sistem lampu DRL LED yang menjadikannya kelihatan lebih segar. Melihat pada aspek teknikal, enjin masih jenis sama seperti model sebelum ini iaitu berasakan silinder tunggal SOHC dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA).
Enjin bersesaran 155cc itu boleh menjana kuasa 14.9hp pada 8,000rpm dengan mencapai tork puncak 14.4Nm pada 6,000rpm. Kedua-dua roda menggunakan sistem brek cakera dan skuter ini mampu menampung kapasiti minyak petrol sehingga 6.6 liter.
Yamaha menawarkan empat pilihan warna skuter ini di Thailand iaitu merah, biru, hitam dan kelabu.

Sumber: Yamaha Thailand

;