Selepas memperkenalkan Mazda3 Turbo pada Julai lalu, Mazda USA kini memperkenalkan pula CX-30 Turbo sebagai sebahagian daripada barisan model tahun 2021.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/mazda-cx-30-turbo-03.jpg)
Menurut Mazda, gabungan enjin turbo dan sistem pacuan semua roda i-Active dengan bantuan cengkaman off-road (Off-Road Traction Assist) membawa prestasi model ini ke satu tahap yang lebih tinggi.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/mazda-cx-30-turbo-01.jpg)
CX-30 Turbo didatangkan dengan sistem keselamatan
i-Activesense yang merangkumi
Smart City Brake Support Reverse dengan
Rear Cross-Traffic Braking, Traffic Jam Assist dan juga 360 View Monitor. Turut disertakan adalah
Active Driving Display, Traffic Sign Recognition dan
Adaptive Front-Light System.![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/mazda-cx-30-turbo-05.jpg)
Sesuai dengan enjinnya yang berprestasi tinggi, penampilan crossover ini turut diperhebatkan menerusi kehadiran
rim aluminium aloi 18 inci berwarna hitam, muncung ekzso berkembar yang lebih besar, kemasan hitam berkilat pada cermin sisi dan lencana ‘Turbo’ pada bahagian Tailgate.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/mazda-cx-30-turbo-02.jpg)
Ruang kabinnya pula menampilkan
kemasan krom dan hitam pada papan pemuka, serta pelbagai kelengkapan standard seperti cermin pandang belakang tanpa bingkai, skrin sentuh infotainmen berukuran 8.8 inci, stereng multifungsi dan sistem
audio Bose dengan 12 pembesar suara. Sudah menjadi kebiasaan bagi model keluaran Mazda, susun atur bahagian dalaman CX-30 Turbo memfokuskan kepada pemandu.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/mazda-cx-30-turbo-04.jpg)
Model ini akan memasuki pasaran menjelang akhir tahun ini. Harga dan spesifikasi akan diumumkan kemudian.