Beberapa jenama automotif di bawah Naza Group kembali beroperasi mulai hari ini selepas pengumuman Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 1 Mei lalu.

Antara syarikat automotif di bawah Naza Group membabitkan Naza Italia Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd, Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Euro Motors Sdn Bhd dan Naza Motor Trading Sdn Bhd.

Pada masa sama, Naza Group turut mengutamakan kesihatan dan keselamatan pekerja dan pelanggan dalam tempoh berkenaan.

Langkah keselamatan yang ketat dan prosedur operasi pihak berkuasa tempatan akan dipatuhi. Ini termasuk amalan kebersihan dan jarak sosial.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai masa dan perkhidmatan setiap jenama, sila lawati halaman media sosial masing-masing: