Antarabangsa
Set spanar lama pun boleh jual lebih RM8,000!
Siapa sangka, set kit peralatan yang didatangkan dengan kereta juga mempunyai peminat tersendiri. Mengambil contoh set kit untuk model Mercedes 300SL Roadster tahun 1959, harga bidaannya sudah mencecah AS$2,000 (kira-kira RM8,420).
Sejarah asalnya, set peralatan itu diambil keluar daripada sebuah model 300SL sekitar tahun 1980-an dan kereta itu kemudiannya dijual kira-kira sedekad kemudian.
Pemilik asalnya ada sebuah keluarga yang mempunyai beberapa buah kereta 300SL. Bagaimanapun, peralatan itu dijumpai baru-baru ini oleh keluarga berkenaan.
Sekarang, peralatan itu berada di Winter Haven, Florida di Amerika Syarikat dan ia untuk dijual. Ada beberapa alat didapati hilang dan tiada dalam koleksi berkenaan seperti spanar bersaiz kecil.
Semua alat yang ada itu disimpan di dalam sebuah beg kulit berwarna merah coklat dan jika diteliti, setiap peralatan berkenaan ada nama pengeluarnya, nombor alat dan buatan Jerman.
Sungguh begitu, ada sedikit kesan karat pada peralatan ribuan ringgit berkenaan.
Antara komponen ialah kombinasi spanar 17/19mm, perengkuh boleh laras 22mm, drain plug wrench 14mm serta dua jenis pemutar skru. Untuk membida, anda boleh ke laman bringatrailer.com.
Must-Watch Video