Kereta kecil atau kompak yang lebih mampu dimiliki dan lebih ekonomi kini menjadi pilihan yang semakin popular di Malaysia.

Berikutan itu, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd kini menawarkan minyak enjin sintetik sepenuhnya berkelikatan rendah baharu untuk memenuhi keperluan kereta kompak moden dengan kapasiti enjin di bawah 1,200cc yang kian bertambah di Malaysia.

Minyak enjin Shell Helix ECO 0W 20 baharu ini dihasilkan khusus untuk kereta kecil, di mana enjinnya kerap terdedah kepada keadaan pemanduan di bandar yang penuh dengan tekanan dan trafik yang terhenti-henti.

Ia menjanjikan ekonomi bahan api yang lebih baik dan perlindungan yang unggul terhadap kehausan serta geseran bagi bahagian enjin. Ia juga mempunyai formula dengan kadar penyejatan rendah yang sentiasa membantu melincir dan melindungi enjin dengan baik.

Terdapat dalam pek 3.5 liter yang sesuai digunakan bagi sekali penukaran minyak, harga runcit yang disyorkan bagi Shell Helix ECO 0W 20 baharu ialah RM143.50 di Semenanjung Malaysia, manakala RM144.20 di Sabah dan Sarawak. Ia boleh didapati di bengkel-bengkel Shell Helix yang berdaftar di seluruh negara.

Sempena pelancarannya di Malaysia, setiap pek 3.5 liter Shell Helix ECO 0W 20 ‘Untuk Pasaran Malaysia’ yang tulen didatangkan dengan pelindung matahari percuma. Tawaran ini sah dari 1 Mac 2020 sementara stok masih ada.