Tempatan

Sime Darby Auto Performance lancar 360 Leasing untuk jentera Porsche

gempak
Erywan
04/08/2019
02:02 MYT
Sponsor Banner
Sime Darby Auto Performance lancar 360 Leasing untuk jentera Porsche
Sempena Sportcar Together Day in Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengimport Porsche di negara ini memperkenalkan program pembiayaan pajakan yang dikenali 360 Leasing.
Program yang buat kali pertama diperkenalkan di Malaysia memberi peluang kepada pelanggan memandu model seperti Cayenne dan Panamera, manakala Macan bakal ditawarkan tidak lama lagi.
Program 360 Leasing adalah alternatif pintar untuk menyakinkan pelanggan memandu Porsche baharu setiap tiga tahun sama ada persendirian atau syarikat dengan hanya 10 atau 25 peratus deposit jaminan yang akan dipulangkan semula berdasarkan kepada nilai kenderaan.
Pelanggan hanya perlu membayar sewa bulanan sepanjang tempoh tempoh tiga tahun itu. Mereka juga tidak perlu bimbang tentang nilai jualan semula.
Selain menerima cukai jalan, pakej insurans yang komprehensif termasuk perlindungan ke atas cermin utama, bencana alam serta bantuan tepi jalan 24 jam.
Pada hujung tempoh itu, pelanggan mempunyai pilihan untuk menaik taraf pajakan sedia ada atau menukar kereta terkini dalam rangkaian yang sama. Mereka juga boleh memanjangkan tempoh pajakan atau pulangkan semua kereta kepada SDAP.
Bagi memberi ketenangan minda kepada pelanggan, kenderaan Porsche di bawah 360 Leasing didatangkan bersama jaminan dan pakej penyelenggaraan di pusat pengedar sah Porsche.
Pada acara Sportcar Together Day in Malaysia, pemilik dan peminat Porsche berkumpul di Litar Antarabangsa Sepang.
Selain itu dipamerkan model ikonik Porsche termasuk 911 GT3 Cup, lapan generasi model 911, 919 Hybrid dan skala model Mission E 1:3.
Sementara itu, SDAP melancarkan Porsche Macan S bagi pasaran Malaysia yang dijual pada harga RM625,000 termasuk ditawarkan Pakej Premium.
Varian berkenaan menggunakan enjin 3.0 liter V6 Twin Scroll Turbo yang dipadankan kotak gear PDK tujuh kelajuan.
Menariknya, ia menyalurkan kuasa maksimum 354hp yang mampu memecut 0-100km/j dalam 5.1 saat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024