Skuter Elektrik Kymco F9, Skuter Elektrik Urban Yang ‘Kool’
Erywan
02/12/2020 08:50 MYT
02/12/2020 08:50 MYT
Pengeluar skuter Taiwan, Kymco baru-baru ini mendedahkan barisan produk 2021 dengan pengenalan model elektrik baharu Kymco F9.
Pengerusi Kymco, Allen Ko menggambarkan F9 sebagai motosikal elektrik urban yang ‘kool’ dilengkapi dengan motor elektrik 9.4 kW dan direka untuk tunggangan sport.
Dengan kelajuan maksimum 110km/j Kymco F9 bukan saja skuter elektrik urban, bahkan cukup pantas untuk ditunggang di lebuh raya. Kymco G9 memiliki angka pecutan dari 0 hingga 50km/j dalam tempoh 3 saat.
Kymco F9 menggunakan bateri 96V 40Ah yang jika di isi penuh dapat memberikan jarak perbatuan sehingga 120km. Operasi mengecas memerlukan 2 jam untuk isian penuh bateri.
Selain itu, F9 menggunakan transmisi automatik dua kelajuan pertama di dunia yang dirancang khusus untuk motor elektrik bagi meningkatkan kecekapan motor dan saluran kuasa.
Kymco F9 juga menggunakan rekaan casis unik yang menggabungkan bateri sebagai bahagian dari struktur rangka. Hasilnya, Kymco F9 memiliki berat yang sangat ringan iaitu 107kg. Selain itu, penggunaan tayar lebar 14 inci menawarkan cengkaman lebih baik ketika mengambil selekoh.