Antarabangsa
Sony Pun Dah Buat Kereta, Prestasinya Pun Mantap 0-100km/j Hanya 4.8 saat
Sony selaku pengeluar barangan elektronik melancarkan konsep kenderaan elektrik baharunya menerusi Vision-S di Consumer Electronics Show 2020.
Vision-S dibina dengan menggunakan platfrom kenderaan elektrik baharu yang dikuasai sepasang motor berkuasa 200 kW. Difahamkan jentera itu boleh memecut 0-100km/j dalam 4.8 saat dengan kelajuan maksimum 239km/j.
Selain itu, ia dilengkapi dengan 33 sensor termasuk imej CMOS, Slid State LiDAR dan radar di sekeliling kenderaan untuk mengesan dan mengenal pasti orang arau objek lain di luar kereta.
Di ruang dalamannya dilengkapi dengan ciri sensor Time of Flight (ToF) yang boleh mengesan kewujudan manusia dan objek. Pada masa sama, Sony mendakwa kenderaan itu mencapai pemandua automoni tahap dua.
Syarikat yang terkenal dengan komponen elektrik itu, menceriakan ruang kabin dengan set skrin infotaimen besar di belakang perehat kepala penumpang hadapan. Pada papan pemukanya, ia turut mempunyai skrin sesentuh besar.
Selain itu, ia juga mempunyai paparan imej di bahagian tepi kenderaan untuk menggantikan cermin sisi konvensional. Bagi memberi ketenangan, Vision-S menerima sistem audio yang lebih bagus iaitu Audio Realiti 360.
Membina jentera itu, Sony bukannya keseorangan apabila turut menerima bantuan pihak lain membabitkan Bosch, Continental, NVIDIA dan Qualcomm. Buat masa ini, Sony tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada ia akan dikomersial atau di sebaliknya.
Must-Watch Video