Spidi Cipta Jaket Anti Pencemaran
Erywan
26/12/2019 01:45 MYT
26/12/2019 01:45 MYT
Pengeluar pakaian keselamatan penunggang motosikal, Spidi muncul dengan satu ciptaan jaket keselamatan baharu seakan sut angkasawan.
Jaket yang dinamakan sebagai Mission Beta itu boleh mengesan udara tercemar yang boleh mengancam nyawa penunggang motosikal dan memberi amaran kepada pemakainya.
Jaket Mission Beta didatangkan dengan sensor pada butang paling atas kawasan bahu untuk menjadi 'deria hidu' udara tercemar.
Ia juga dicipta bersama satu topeng muka anti pencemaran yang boleh disarung terus oleh pemakainya. Selain itu, ada satu skrin OLED segi empat pada lengan kiri.
Sensor mengesan pencemaran akan memberi tiga jenis amaran secara real time iaitu Low, Mid dan High. Jika udara tercemar berada pada paras Mid, jaket akan pamer peringatan untuk memakai topeng anti pencemaran.
Skrin OLED akan pamer amaran itu, selain maklumat lain seperti tarikh, masa, suhu dan kelembapan dalam jaket. Sensor akan aktif sendiri jika mengesan ada pergerakan dan jakat ini tiada butang untuk menghidupkan sensor berkenaan.
Cumanya, Spidi masih belum menyatakan sama ada jaket ini akan dihasilkan untuk pasaran atau kekal sebagai konsep semata-mata.