Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sportbike Suku Liter, Kawasaki Ninja ZX-25R Bakal Lancar Di Indonesia 10 Julai Ini

Erywan
02/07/2020 05:15 MYT
Kawasaki Ninja ZX-25R bakal membuat kemunculan tidak lagi. Ini disahkan menerusi satu video yang dimuatnaik oleh Kawasaki Indonesia pada akaun Youtube mereka.

Video berdurasi 54 saat dengan tajuk '2 Kawasaki Ninja ZX-25R meets Sentul International Circuit' mendedahkan maklumat majlis pelancaran sportbike suku liter berkenaan.

Di akhir video tertera maklumat majlis pelancaran secara digital itu yang mana Kawasaki ZX-25R akan dilancarkan pada 10 Julai pada jam 3 petang (waktu tempatan).


Pelancaran akan dilakukan menerusi akaun Youtube Kawasaki Indonesia. Video teaser pelancaran itu menunjukkan dua model ZX-25R memulakan perlumbaan di grid mula dan bersaing sesama sendiri.

Turut disertakan rakaman pelumba sedang mengambil lap dan imej speedometer. Apa yang lebih mengujakan ialah ngauman ekzos 4-silinder yang padu dan nyaring.

Sebaik kedua-dua model melepasi garisan penamat tertera perkataan Screaming In-Line 4 Power dan Ninja ZX-25R. Dua model yang digunakan dalam video teaser berkenaan merupakan versi lumba dan hijau KRT.

#Kawasaki #Ninja ZX-25R