Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Spyshot: Kawasaki Ninja H2 SX Dikesan Jalani Ujian, Mempunyai Radar Pada Fairing Hadapan

Erywan
01/03/2021 02:56 MYT
Kemunculan Kawasaki H2 SX pertama kali didedahkan pada penghujung 2017 dan kali ini jenama hijau itu bersedia untuk menyerang pasaran kembali dengan versi naik taraf.

Menerusi imej intip terbabit bahagian depan mengalami perubahan major dan di dalam fairing dikesan ada unit radar. Kawasaki mengakui bekerjasama dengan Bosch untuk melengkapkan produk mereka dengan Kawalan Kruise Radar dan nampaknya H2 SX bakal jadi model pertama menerima naik taraf berkenaan.


Sensor sistem itu berupaya mengesan kelajuan kenderaan depan dan menyesuaikan kelajuan motosikal. Lebih menarik kamera kecil disembunyikan di belakang skrin. Kawasaki sebelum ini memohon paten sistem kamera yang mengimbas laluan di depan agar peralatan elektronik siap siaga.

H2 SX nampaknya bakal menggunakan ciri berkenaan yang mana paten menghuraikan sistem menggunakan kamera bersama dengan GPS bagi memantau keadaan di depan supaya penunggang boleh bertindak balas.


Misalnya jika penunggang melihat selekoh jarak jauh, GPS akan menunjukkan simbol klip rambut (hairpin) dan apabila motor ditunggang terlalu laju jentera boleh meramal tindakan dengan membrek keras.

Sebagai persediaan sportbike tersebut mungkin didatangkan dengan suspensi lebih keras untuk persediaan pecutan dan membrek. Jika boleh meredakan respons pendikit agar tiada gejala cengkaman brek ketika gear dua di selekoh.


Pada paten itu sistem juga bergantung kepada navigasi binaan dalam dan menerusi imej intip itu terlihat juga papan pemuka TFT warna penuh bersaiz besar berbanding analog/TFT model lama. Kawasaki menyatakan motosikal sedia ada menerima kemas kini Euro5 dan kehadiran model baharu berkenaan mungkin bakal dilihat tahun ini.

Tentunya dengan teknologi terkini terbabit tidak murah, kemungkinan harga model H2 SX menghampiri £24,000 (RM135,501) mengambil kira harga H2 SX SE+ sekitar £21,999 (RM124,203).

Sumber: www.motorcyclenews.com

#Kawasaki
;