Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Stereng Bergoyang, Ini 8 Punca Perlu Anda Periksa

Erywan
26/08/2020 08:35 MYT
Keselesaan pengendalian keretanya adalah keutamaan buat pemilik. Apabila kita mula merasa keganjilan dalam pemanduan perkara ini membuatkan anda mula tidak tenang dan kurang selesa.

Satu daripadanya apabila stereng kereta mula menunjukkan gejala goyang. Keadaan ini jangan dibiarkan dan perlukan tindakan pantas dari pemilik agar kerosakan tidak berlanjutan ke komponen lain


1.Tayar Gelembung

Ada beberapa penyebab stereng kereta mula bergoyang. Satu daripadanya adalah tayar yang menggelembung. Tayar kereta yang menggelembung menjadikan stereng bergoyang pada kelajuan perlahan. Jadi apa perlu anda lakukan ialah gantikan dengan tayar baharu.


2. Rim Bengkok

Kedua boleh juga disebabkan rim yang bengkok sehingga membuatkan pemanduan tidak selesa. Rim bengkok disebabkan anda melanggar jalan berlubang atau tidak rata dengan hentakan yang kuat.


3. Cross Joint Propeller Shaft Rosak Atau Tersekat

Propeller shaft tugasnya memindahkan tenaga dari transmisi menuju gandar. Perkara ini biasanya berlaku pada kereta pacuan roda belakang. Kuasa yang disalurkan selalu berubah-ubah mengikut keadaan permukaan jalan. Cross joint berfungsi sebagai penggerak ujung propeller secara fleksibel dan berpusing. Jika komponen ini tersekat atau rosak maka stereng akan bergoyang.

Selalunya kerosakan ini berlaku kerana kurangnya minyak pelincir dan sering terendam air. Jadi tindakan lanjut bawa kereta ke pusat servis jika ada komponen yang rosak. Di samping itu perhatikan juga komponen pengikat dalam keadaan baik.


4. Pendakap Enjin

Pendakap atau mounting berfungsi memegang enjin agar tetap stabil pada kedudukannya. Jika terdapat kerosakan pada bahagian ini boleh menyebabkan stereng bergoyang. Situasi ini biasanya berlaku pada kereta yang mengalami kemalangan dengan hentaman yang kuat di depan. Bagi anda yang mencari kereta terpakai lihat dahulu sama ada kereta itu pernah mengalami kemalangan atau sebaliknya.


5. Haus Pada Plat Klac Dan Klac Pelindung


Perlu diketahui terdapat tiga komponen penting dalam klac iaitu flywheel, plat klac dan penutup plat. Getaran yang terjadi biasanya berasal dari permukaan flywheel yang tidak rata dan haus. Cara atasinya ganti set klac dan menghaluskan kembali permukaan flywheel.

Namun jangan terus gantikan klac perhatikan juga komponen yang bergeseran pada flywheel. Untuk lebih pasti bawa kereta ke bengkel untuk melihat tahap kerataan permukaan flywheel dengan dial gauge.


6. Link Stabilizer


Ketika melalui jalan rosak atau berlubang akan terdengar bunyi ‘gluduk-gluduk’ yang mengganggu keselesaan pemanduan. Bunyi itu datang dari link stabilizer yang berfungsi untuk menahan goncangan dari jalan tidak rata.

Untuk melakukan pemeriksaan pada komponen itu, boleh dimulakan dengan link stabilizer sama ada dipasang secara betul.

Kemudian lihat hujung ball joint dari link stabilizer sama ada sudah retak. Jika link stabilizer sudah haus atau retak segera ganti. Biasanya link stabilizer dijual satu set kanan dan kiri. Link stabilizer ini juga ditawarkan dengan banyak pilihan.


7. Penjajaran Dan Pengimbangan

Penyebab stereng kereta bergoyang walaupun dipandu atas permukaan jalan yang rata mungkin disebabkan tayar tidak melakukan pengimbangan.

Ini membuatkan tayar tidak dalam keadaan baik. Selain pengimbangan, penyebab stereng bergoyang adalah penjajaran sehingga sukar berjalan lurus. Oleh sebab itu, dinasihatkan melakukan penjajaran dan pengimbangan secara rutin.

Berikut faedah yang didapati dari penjajaran dan pengimbangan:


8. Pad brek habis sebelah

Penyebab stereng bergoyang boleh jadi pad brek yang sudah habis sebelah. Umumnya pada kereta terdapat dua pad brek yang mengepit brek cakera atau dram. Jadi periksa ciri pad brek anda sama ada sudah haus dan gantikan dengan baharu.

#Tips
;