Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Antarabangsa

Stereng Kereta Anda Bergegar, Ini Mungkin Penyebabnya

Erywan 06/11/2020 | 07:42 MYT

Ketika memandu tentunya kita mahu rasa selesa dan selamat. Apabila ada bunyi yang tidak pernah dengar atau pengendalian stereng yang kurang dinamik membuatkan rasa tidak 'kena' dan selesa dalam pemanduan.

Terutamanya apabila stereng kenderaan bergegar atau bergoyang. Apabila berdepan dengan keadaan ini jangan dibiarkan begitu saja, sebagai pemilik perlu ada tindakan lanjut supaya keadaan itu tidak berlanjutan ke komponen lain.
Ada beberapa penyebab stereng kereta bergoyang antaranya:
1. Tayar Menggelembung
Hal yang menyebabkan perjalanan menjadi tidak rata adalah keadaan tayar menggelembung. Situasi ini membuatkan stereng bergegar pada kelajuan rendah. Ini terjadi disebabkan keadaan tayar yang sudah tidak layak dipakai lagi.
Keadaan seperti ini perlu diatasi dengan cepat dengan menggantikan tayar baharu. Elak menggunakan tayar yang sudah haus kerana akan memberi kesan kepada operasi membrek. Jangan lupa perhatikan juga corak bunga tayar masih tebal atau sebaliknya.
2. Rim Bengkok
Ini juga satu daripada kesan kepada stereng bergegar. Penyebab kepada rim bengkok kerana sering melanggar jalan berlubang sehingga menyebabkan lekuk pada rim. Jika rim bengkok akan menyebabkan ketidakseimbangan pada kenderaan dan menyebabkan stereng goyang. Oleh itu, sangat penting memperhatikan bahagian ini.
3. Cross Joint Propeller Shaft Tersekat
Propeller shaft berfungsi memindahkan tenaga dari transmisi ke gandar. Hal ini biasanya berlaku pada kereta pacuan belakang. Kuasa yang disalurkan selalu berubah-ubah ketika kereta bergerak sesuai dengan permukaan jalan. Cross joint berfungsi sebagai penggerak hujung propeller secara fleksibel dan berpusing. Jika komponen ini tersekat atau rosak, maka stereng akan goyang. Biasanya ini terjadi kerana kurangnya pelincir dan sering terendam air.
4. Pendakap Atau Mounting Enjin
Mounting enjin menahan enjin agar tetap stabil pada kedudukannya. Jika terdapat kerosakan pada komponen itu akan menyebabkan getaran pada enjin yang tidak boleh ditahan dan menyebabkan stereng goyang.
Situasi ini biasanya berlaku pada kereta yang pernah mengalami kemalangan di bahagian depan dan kecelakaan yang cukup parah. Bagi anda yang mencari kereta terpakai, perhatikan tulang di depan yang menjadi petanda kereta itu sudah kemalangan.
5. Kehausan Pada Plat Klac Dan Penutup Klac
Perlu anda ketahui terdapat tiga komponen penting dalam klac iaitu flywheel, plat klac, dan penutup kanvas. Getaran yang terjadi biasanya berasal dari permukaan flywheel yang tidak rata dan haus.
Cara mengatasinya adalah mengganti set klac dan menghaluskan kembali permukaa flywheel. Namun jagan terus mengganti klac, perhatikan juga komponen geseran pada flywheel. Lebih baik membawa kereta ke bengkel kerana boleh mengukur rata permukaan flywheel dengan dial gauge.
6. Link Stabilizer
Ketika melalui jalan rosak atau berlubang terdengar bunyi gluduk-gluduk yang mengganggu pemanduan. Suara tersebut dari link stabilizer yang berfungsi menahan goncangan dari jalan tidak rata. Untuk melakukan pemeriksaan pada komponen ini dapat dimulai dari pemasangan link stabilizer yang betul.
Periksa juga kedua hujung ball joint dari link stabilizer apakah OK atau sudah retak atau pecah. Jika link stabilizer sudah haus segera ganti. Biasanya pembelian link stabilizer dibeli satu set kanan dan kiri.
7. Penjajaran dan Balancing
Penyebab dari stereng bergegar meski sedang berjalan pada jalan yang rata dan lurus mungkin kerana tidak melakukan penjajaran dan balancing. Hal ini akan membuat keadaan roda dalam keadaan tidak baik. Oleh itu, sangat diperlukan melakukan penjajaran dan balancing secara rutin minimum 6 bulan sekali.
8. Sudut Toe Terlalu Lebar
Masalah lain yang boleh menyebabkan stereng bergegar kerana sudut toe terlalu lebar. Jika sudut toe melebar akan menyebabkan stereng kehilangan arah dan menjadikannya tidak menentu ke kanan dan kadang ke kiri. Penyelesaiannya perlu lakukan penjajaran dan mengimbanginya semula.
9. Pad Brek Habis Sebelah
Anda harus mengetahui ciri pad brek yang hampir habis agar dapat kembali seimbang. Selalunya komponen itu akan mengeluarkan bunyi apabila pedal brek dipijak. Untuk lebih yakin segera bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan.
10. Swing Arm Dan Bushing
Swing arm adalah komponen kaki pada kereta untuk mengayun. Pada kedua hujung swing arm terdapat komponen namanya bushing atau ball joint akan membantunya mengayun. Kereta yang biasanya beroleng pada kelajuan tertentu disebabkan adanya kerosakan pada bushing.
Untuk mengatasinya lakukan pemeriksaan swing arm untuk melihat sama ada komponen ini patah atau hanya bengkok. Manakala untuk bushing atau ball joint, cukup memeriksa bahagian getah sama ada retak atau pecah.

;