Antarabangsa

Streetfighter elektrik Energica - Selamba boleh cecah 400km sekali cas

gempak
Erywan
08/11/2019
06:47 MYT
Sponsor Banner
Streetfighter elektrik Energica - Selamba boleh cecah 400km sekali cas
Firma Energica muncul di Pameran Motor Milan (EICMA) dengan model motosikal streetfighter elektrik yang dinamakan sebagai Energica Eva Ribelle edisi 2020.
Eva RibelleIf dikatakan mampu menghilangkan rasa bimbang terhadap motosikal elektrik yang dibelenggu dengan isu jarak tunggangan. Motosikal yang dihasilkan syarikat Itali itu menggunakan pek bateri buatan sendiri jenis litium polimer 21.5kWh.
Bateri itu dihasilkan berdasarkan pengalaman dalam sukan perlumbaan MotoE. Energica menyatakan Eva Ribelle boleh ditunggang 400 kilometer (km) dalam bandar. Jika menunggang dalam dan di luar bandar selain kawasan sesak, ia boleh mencapai sejauh 230km. Motosikal mesra alam ini boleh menjana kiasa 107 kW atau 145hp manakala tork boleh dirasai sekuat 215Nm. Kelajuan maksimum dihadkan pada 201km/j. Jentera ini dilengkapi empat mod tunggangan iaitu Urban, Eko, Hujan dan Sport. Enjin pula ada tiga pilihan tetapan.
Sistem suspensi membabitkan fork Marzocchi 43mm yang boleh dilaras. Di belakang, ada penyerap hentak tunggal Bitubo boleh laras. Sistem antikunci Bosch Switchable ABS dipasang sebagai ciri standard. Sistem brek pula membabitkan jenis Brembo 330mm berkembar dan angkup empat omboh di hadapan manakala satu cakera bersama angkup dua omboh di belakang.
Motosikal ini juga dilengkapi enam tetapan kawalan cengkaman yang berfungsi bersama sistem brek ABS, kawalan jelajah dan sambungan Bluetooth. Maklumat dipaparkan menerusi skrin berwarna TFT berukuran 4.3 inci. Motosikal ini jika cas semula dengan pengecasan pantas, bateri boleh cecah kadar 80 peratus penuh dalam masa 40 minit. Ada dua warna pilihan iaitu Stealth Grey dan Rosso Corsa. Maklumat lanjut mengenai perincian maklumat dan harga akan diumumkan kelak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024